Bila sebut bab kahwin, benda yang korang terpikir dulu kat kepala otak mesti warna tema majlis kan? Selalunya warna-warna terang dan pastel akan jadi pilihan pasangan pengantin. Antaranya ialah warna emas. Maklumlah, adanya rona emas ni boleh buat majlis korang nampak lagi mewah.
Kalau korang nak tema gold lebih menarik, apa kata gabungkan dua warna. Di sini admin nak share beberapa warna yang sesuai digabungkan dengan warna emas. Mana tahu kot ada yang berkenan, boleh jadi inspirasi untuk wedding korang nanti.
1. Gold & Purple
Warna ungu amat sesuai bagi pasangan yang inginkan tema perkahwinan yang elegant dan tampak lebih mewah. Contoh warna ungu yang sesuai digabungkan ialah lilac, lavender, eggplant dan plum. Bunga-bunga segar atau plastik juga sesuai dijadikan hiasan bagi menambah seri majlis.
2. Gold & Emerald
Hijau emerald kini dah menjadi warna kegilaan orang ramai terutamanya pada hari raya kerana warnanya yang menyerlah dan menawan. Apa kata korang pilih warna ini untuk wedding korang pulak. Warna ini juga melambangkan ikatan perkahwinan yang bahagia dan successful.
3. Gold & White
Tiada yang lebih elegant selain warna putih yang melambangkan kesucian dan ia amat sesuai bagi pasangan yang mahukan wedding yang simple tapi classy. Warna putih yang digabungkan dengan gold membuatkan pasangan sejoli lebih menyerlah di hari persandingan.
4. Gold & Pink
Bagi perempuan, warna merah jambu atau pink memang tak boleh dipisahkan. Tema pink dan gold membuatkan suasana majlis korang lebih sweet. Warna merah jambu yang paling popular ialah rose gold dan baby pink. Di tambah pula dengan makeup doll look dan gaun pengantin perempuan pasti membuatkan semua orang terpana dengan tema wedding ala-ala fairytale.
Kombinasi warna ini juga menaikkan lagi seri gubahan hantaran. Beberapa tona merah jambu akan menyerlah dengan adanya rona emas. Tampak mewah dan menawan.
5. Gold & Navy Blue
Kalau korang rasa warna pink terlalu girly, apa kata korang cuba warna yang gelap seperti navy blue. Warna ini juga amat kontra dan bila digabungkan dengan warna gold, pasti wedding korang nampak lagi mewah dan grand.
Haa.. so macam mana, menarik tak idea-idea tadi? Boleh la korang start plan untuk wedding korang tu. Atau ada yang suka warna lain? Boleh share dengan kitorang :)
Sumber: Pinterest