berita

5 Lokasi Cun Untuk Ambil Gambar Raya Ala Insta-Famous, Rugi Kalau Tak Singgah!

June 4th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Biasanya waktu raya nanti mestilah semua benda nak kena cantik-cantik kan? Baju cantik, rumah cantik, langsir cantik dan yang paling penting gambar pun wajib cantik. Tapi kalau nak bergambar raya, mestilah pilih latar belakang yang best dulu. Baru la mood raya onz!

Apa kata untuk gambar raya tahun ni korang cuba buat kelainan sikit. Jom kita pakat bergambar ala-ala instafamous. Berikut admin kongsikan 5 lokasi insta-worthy untuk korang check in masa raya nanti.

1. Changkat, Bukit Bintang

Siapa kata beraya dekat KL tak syok? Korang tengok la gambar dekat atas ni, dengan adanya corak-corak mural yang begitu cantik dan menarik, admin yakin gambar raya korang mesti terlebih cun. Siapa je yang tak suka gambar ‘hispter’ kan? Bayangkan gambar raya korang dengan latar belakang warna-warni memenuhi feed Instagram nanti. Barulah raya!

Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

2. Astaka Morocco, Putrajaya

Astaka Morocco ini adalah tempat yang paling tepat dan sesuai untuk korang yang sukakan latar belakang dan suasana negara Timur Tengah. Cantik weh kalau ambil gambar berlatar belakang ukiran dinding dan pintu di sana, siap ada fountain dekat tengah-tengah astaka yang bakal membuatkan gambar raya korang tahun ni lebih wow dan insta-worthy!

Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Waktu: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tutup setiap Selasa.

 

3. Batu Caves Gombak, KL

Macam biasa, Batu Caves sentiasa jadi pilihan pelancong untuk berswafoto, jadi tak salah kalau korang pun singgah sekejap ambil gambar raya di sini. Korang pun tahu kan Batu Caves sekarang dah berubah wajah.

Kini 272 anak tangga yang merupakan laluan utama untuk menuju ke kuil di dalam gua sudah dicat dengan pelbagai warna seolah-olah pelangi. So, sesuai sangat kalau korang pilih lokasi ini sebagai salah satu tempat berswafoto raya nanti. Memang cantik dan colourful!

Lokasi: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu: 6.00 pagi hingga 9.00 malam

4. Jambatan Angkat, Terengganu

Sejak mula dibina pada Ogos 2014 sehingga ia sudah siap sepenuhnya April lalu, Jambatan Angkat di Terengganu terus mendapat perhatian di Malaysia. Mana tidaknya kalau pemandangan dekat sini dah macam dekat luar negara. So, orang Pantai Timur yang mana balik beraya tu, jangan lupa singgah ambil gambar raya korang dekat sini.

Lokasi: Jambatan Angkat, Kuala Terengganu
Waktu: Dibuka setiap hari

5. Tukang Besi, Jonker Street, Melaka

Alang-alang nak makan angin time raya nanti, elok juga kalau kita terus ke negeri Melaka. Admin yakin semua orang pun tahu dekat Melaka memang banyak tempat yang cantik-cantik kan? Makesure korang singgah di Tukang Besi, Jonker Street jugak tau sebab kat sini background gambar pun memang cun.

Lokasi: Jalan Tukang Besi, 75200, Melaka
Waktu: Dibuka setiap hari

Ambil gambar raya & berpeluang menang smartphone terbaru SAMSUNG!

Kalau korang tertanya-tanya sebab apa tahun ni admin beriya suruh korang ambil gambar raya cantik-cantik tahun ni, maka inilah jawapannya. Untuk pengetahuan korang, pihak SAMSUNG berbesar hati nak bagi hadiah raya dekat korang jika swafoto atau selfie raya korang berjaya menambat hati mereka.

Tapi macam mana admin tahu kalau selfie je boleh dapat hadiah ni? Haaa… Sebenarnya baru-baru ini kami team OHBULAN! ada berkunjung ke Melaka dan kami berpeluang join program Check-in Kampung Setulus Ikhlas anjuran TV3 yang dikuasakan oleh SAMSUNG Malaysia. Beberapa orang artis terkenal tanah air seperti Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli pun ada tau. Best weh!

Korang tengok la sendiri betapa meriahnya sambutan waktu dekat event tu. Pendek kata macam-macam aktiviti menarik dan best ada dekat sana. Dan yang paling awesome kalau korang masuk contest Check-in Kampung ni, telefon pintar SAMSUNG Galaxy A30 dan SAMSUNG Galaxy A50 antara hadiah menarik untuk korang rebut!

Kalau korang nak tahu, Samsung Galaxy A30 dan Samsung Galaxy A50 yang baru dilancarkan ini confirm luar biasa sebab ia dilengkapi skrin Infiniti-U yang lebar, jadi kalau korang nak menonton video waktu hari raya dengan ahli keluarga ramai-ramai pun tak jadi masalah. Dan paling best kamera lensa ultra lebar yang ada pada kedua-dua model ini iaitu Samsung Galaxy A30 dan Samsung Galaxy A50 pun menjanjikan gambar raya korang sekeluarga lebih wow!

Satu lagi sebab kenapa korang kena rebut peluang menang telefon pintar Samsung Galaxy A30 dan Samsung Galaxy A50 dengan hanya join peraduan Check-In kampung bersama Samsung Galaxy Skuad A ialah kerana kedua-dua model telefon pintar ini dilengkapi bateri berkapasiti tinggi! So, korang tak perlu bersusah payah nak caj banyak kali sebab baterinya tahan sepanjang hari. Pendek kata powerbank dah tak payah bawak kalau ada Samsung Galaxy A30 dan Samsung Galaxy A50 nanti.

Ini cara untuk korang join!

Cara nak menang sangatlah mudah, korang hanya perlu sertai peraduan Samsung Galaxy A ini yang sebenarnya sudah bermula pada 21 Mei  sehingga 15 Jun 2019 !

1. Muat naik swafoto korang berlatar belakangkan suasana di kampung atau boleh singgah di Tukang Besi, Jonker Street, Melaka untuk berswafoto suasana kampung di sana
2. Tulis kapsyen menarik untuk setiap swafoto dan sertakan hashtag
@Samsungmalaysia #GalaxyA30 #GalaxyA50 #eraAbaru #Checkinkampung
3. Pastikan akaun Instagram korang dalam tetapan umum.
4. Gambar yang paling kreatif dan mendapat jumlah LIKE yang paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

Haaa… Apa tunggu lagi tu? Jom check-in Kampung bersama Samsung Galaxy Skuad A! Sebarang maklumat lanjut tentang peraduan ini korang boleh layari laman sesawang Samsung atau facebook Samsung Malaysia dan paling penting baca Terma & Syarat Peraduan jugak ya.

Samsung Malaysia dan OHBULAN! mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!