berita

5 Lokasi Makanan Halal Yang Anda Wajib Cuba Di Hatyai

October 11th, 2018 | by Amat
Travelogue

Hatyai merupakan destinasi pelancongan terbaik buat rakyat Malaysia yang gemar membeli-belah dan suka menikmati makanan Siam. Apabila tiba di sana, rata-rata rakyat Malaysia mengalami masalah untuk mencari kedai makan Halal di negara itu.

Di sini, admin senaraikan 5 kedai makan berlogo Halal terbaik buat anda. Confirm sedap dan murah!

Asean Night Bazaar

Pasar ini dahulunya dikenali sebagai Pasar Minggu Hatyai sebelum ditukar ke Bazaar Malam ASEAN. Ianya dibina semula untuk menyusun struktur pembahagian antara makanan dan jualan pakaian. ASEAN Night Bazaar ini juga menjadi perhatian pelancong kerana jualan produk kecantikan dan fesyen pakaian dengan harga murah boleh di dapati.

Anda juga boleh ke aras 1 untuk menikmati makanan halal yang sedap! ASEAN Night Bazaar dibuka setiap hari bermula jam 4 petang hingga 10.30 malam (waktu Thai).

Alamat: Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Pasar terapung Khlong Hae

Ini merupakan satu-satunya pasar terapung yang terdapat di Hatyai iaitu Khlong Hae Floating Market. Pasar terapung ini terletak kira-kira 20 minit dari pusat bandar Hatyai. Pasar ini dibuka setiap hujung minggu bermula hari Jumaat hingga Ahad, pada jam 3 petang hingga 9 malam.

Di sini juga anda dapat membeli makanan di pinggiran sungai dimana peniaga akan menjual makanan dari sampan mereka. Anda juga berpeluang merasai feel berada di zaman klasik Siam era 70an dahulu. Ini adalah pasar terapung yang banyak makanan Halal berbanding pasar terapung di Bangkok.

Alamat: Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

Dimsum Chabura Hatyai

Buat anda peminat dim sum boleh ke Dimsum Chabura Hatyai. Di sini terdapat pelbagai jenis dim sum dengan harga yang sangat murah dan sedap! Dim sum di sini berharga 15 Baht (kecil) dan 20 Baht (besar). Selain itu, kedai ini juga menyediakan menu masakan lain seperti tomyam, somtam dan banyak lagi.

Bagaimanapun, anda tak perlu risau berkomunikasi kerana pelanggan di sana semuanya fasih berbahasa Melayu. Restauran ini dibuka setiap hari.

Alamat: T.khlong Hae A. Hatyai, Songkhla 90110, Thailand

Sempadan Dannok-Bukit Kayu Hitam

Jika anda masuk ke Thailand menggunakan jalan utama Bukit Kayu Hitam, anda pasti akan melalui Dannok. Selain Hatyai, Dannok juga antara pekan Islam di mana anda mudah untuk mendapatkan makanan Halal. Anda boleh cuba menikmati keenakan pulut ayam di sini dengan harga murah sekitar 60 Baht saja.

Selain itu, anda juga boleh menikmati kelemakan dan kemanisan pulut mangga dan cakoi sekaya. Harga pulut mangga sekitar 70 Baht manakala cakoi 15 Baht.

Alamat: Sempadan Thai-Malay (Dannok)

Sulaiman restauran

Restoran Sulaiman terletak di pekan Hatyai berdekatan Hotel Tune. Kedai makan ini menjadi kegemaran pelancong yang asing yang menginap di Hotel Tune itu. Kedai makan ini menyediakan masakan ala-carte dan roti canai ala Thai pada waktu sarapan. Harga juga berpatutan!

Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Sumber: TripAdvisor

SKIP THIS AD ×