berita

5 Menu Kerabu Ringkas Yang Pasti Buka Selera Anda!

July 4th, 2018 | by Amat
MyResipi

Kadang-kadang tekak kita ini teringin nak makan makanan yang pedas, masam dan manis. Sampai tak tahu nak makan apa, kan? Jangan risau, kami sediakan kepada anda 5 resepi ringkas kerabu yang mudah dibuat dengan menggunakan bahan hanya di dalam peti sejuk rumah anda saja.

Sebenarnya, makanan ringkas seperti kerabu ini boleh dihidangkan dalam pelbagai versi mengikut kreativiti dan citarasa anda. Admin yakin resepi kerabu ini dapat memikat hati keluarga dan saudara-mara yang datang berkunjung.

Kerabu bunga betik

Jarang sekali kita menggunakan bunga betik sebagai bahan utama dalam masakan. Bunga betik juga boleh dijadikan sebagai kerabu dan dimakan bersama nasi. Sekali-sekala cuba resepi lain dari yang lain apa salahnya, kan? Kalau tak cuba, kita takkan tahu penangan keenakan bunga betik ini.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-bunga-betik

Kerabu tempe

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tempe boleh juga dijadikan kerabu. Tempe sejenis makanan rutin di Indonesia adalah enak sekiranya dibuat kerabu. Sudah pasti texture tempe dapat memikat selera anda dengan rasa keranggupan tempe yang digoreng terlebih dahulu dan disaluti dengan rasa pedas, masam dan manis. Resepi ini wajib cuba!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-tempe

Kerabu Siam kacang botor

Kacang botor sering dijadikan sebagai ulaman sampingan semasa kita menikmati juadah lauk-pauk dan gulai kampung. Tahukah anda yang kacang botor juga boleh dijadikan kerabu kemudian dicampur dan digaul pula dengan udang atau sotong. Rasa kenyal sotong dan kacang botor yang ranggup pasti membuatkan anda nak tambah lagi!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-siam-kacang-botor

Kerabu bunga kantan wangi

Selalunya kita menggunakan bunga kantan dalam masakan asam pedas, laksa dan nasi kerabu. Anda juga boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan menjadikan bunga kantan sebagai kerabu. Haruman wangi bunga kantan pasti memikat selera anda.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-bunga-kantan-wangi

Kerabu pucuk ubi

Pucuk ubi kalau makan sebagai ulam dan cicah sambal belacan pun sedap juga. Tapi kalau dijadikan kerabu pucuk ubi lagi sedap! Tabur sedikit gula, perah air limau dan tambahkan sedikit sos ikan masin. Dihiris pula dengan bawang besar dan cili padi… perrggghhhh! Memang terbaiklah. Menu yang sangat ringkas dan berbaloi untuk dijamah bersama keluarga tersayang.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kerabu-pucuk-ubi

Sumber: MyResipi.com

Most Read Today