berita

5 Menu Yang Sedap Dimakan Di Musim Hujan

November 9th, 2018 | by Amat
MyResipi

“Sekarang ni musim hujan, nak makan apa ye? 

Kebiasaannya pada musim hujan, orang akan mula lapar dan mula mencari juadah sesuai untuk dinikmati. Rata-ratanya akan mula mencari masakan bersup untuk memanaskan badan. Apa kata kali ini anda cuba ubah selera anda dengan mencuba makanan berasaskan ubi kayu. Bukan sahaja rebus, malah ada beberapa lagi jenis masakan ubi yang sedap untuk dinikmati.

Kali ini admin nak kongsi beberapa idea hidangan menu ringkas sesuai untuk disediakan ketika hujan.

Getuk ubi kayu

Getuk ubi biasanya terkenal dalam kalangan orang Melayu Jawa dan mudah di dapati. Tapi kalau korang bukan orang Jawa  jangan risau sebab tak susah pun nak menyediakan menu ini. Korang boleh cuba sendiri dan jadikannya snek semasa menonton tv atau sewaktu senggang.

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/getuk-ubi-kayu

Cekodok ubi kayu ranggup

Biasanya ubi kayu yang direbus ini dimakan bersama-sama kelapa parut yang memberi rasa seimbang antara lemak manis dan masin. Tetapi apa salahnya seseali untuk korang goreng ramuan ini sehingga ranggup. Gandingan menu ini bersama kopi o’ panas pasti menghasilkan rasa umph yang tak terkata!

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/cekodok-ubi-kayu-ranggup

Lempeng pisang berangan

Kalau dapat makan lempeng pisang di waktu petang best juga, kan? Kadang-kadang ada dalam kalangan kita tidak tahu nak guna pisang jenis apa. Kali ini, admin cadangan korang guna je pisang berangan untuk buat lempeng pisang ini. Mudah je nak buat menu ini, cuma ikuti langkah seperti berikut.

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/lempeng-pisang-berangan

Ubi kayu goreng berempah ratus

Ini pasti rare! Apa kata korang cuba buat dirumah dan nikmati ubi kayu goreng berempah ratus ini. Dicampur dan digaul bahan rempah ratus bersama isi ubi kayu dan goreng. Aroma bau daun kari pasti membuka selera anda untuk terus menikmati hidangan ini.

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/ubi-kayu-goreng-berempah-ratus

Lempeng ubi kayu

Lempeng ubi adalah salah satu menu paling segera dan mudah untuk disediakan. Sesuai dicuba semasa korang betul-betul lapar dan mengejar masa. Korang boleh cuba buat dan hidangkan bersama keluarga tercinta. Pasti memuaskan!

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/lempeng-ubi-kayu

Sumber: Myresipi

SKIP THIS AD ×