berita

Ini 5 So Called Musuh Blackheads Yang Wajib Korang Hindari.

September 23rd, 2019 | by FITRI JAMARI
Kecantikan

Dekat pasaran ada banyak produk yang claim mampu mengurangkan blackhead pada wajah. Tapi, sebenarnya produk yang so called musuh blackhead tu tak beri kesan pun. Silap-silap korang boleh dapat masalah kulit yang lain pulak.

Cuba refer kat bawah kalau korang ada guna. Belum terlambat untuk korang berhenti.

1. Scrub Muka Tak Hilangkan Blackheads Pun.

Sis Katy selalu scrub muka dengan harapan bila scrub muka selalu blackheads boleh hilang. Tapi, sebenarnya tak pun! Kalau kerap sangat scrub, minyak semula jadi dekat muka akan hilang dan kulit jadi semakin kering. Malah, mengundang lagi banyak blackheads pakej dengan jerawat lagi!

2. Picit Blackhead. Tolonglah Jangan!

Even geram tengok blackheads berleluasa dekat muka, jangan sesekali picit. Buat jugak? Haaa… Siap sedialah untuk kulit iritasi dan lebih worst boleh tinggalkan kesan parut. Kalau betul nak hilangkan blackheads tu better buat facial dekat mana-mana butik kecantikan okay!

3. Peel Off Masks

Penyelesaian penghapusan blackheads favourite ramai ialah STRIPS & PEEL OFF MASKS. Mereka hanya mengeluarkan lapisan kulit lama dan minyak yang teroksida serta yang berwarna je. Penggunaan strips dan peel off mask akan buat lagi blackheads terjadi balik nanti.

Cara ini sementara je sebab peel off masks tak tarik keluar habis blackheads dari akar. Ia akan buat kulit korang lagi sensitif je!

4. Ramuan Penghapus Blackheads? Apa tu?

Sesetengah produk claim bahan tertentu mampu membantu dalam masalah blackheads ni. Antaranya peppermint, menthol, lemon, limau dan eucalyptus.

Even bahan ni ramai orang guna, jangan cepat terpedaya dan ikut trend nak cuba-cuba sebab bahan tu semua akan buatkan kulit muka korang jadi makin berminyak dan lagi banyak blackheads keluar. Oh no!

5. Greasy Moisturizer. Dilarang Sama Sekali!

Pakai pelembab wajah tu adalah kemestian. Tapi, kenalah tahu jenis pelembab yang sesuai dengan kulit muka korang. Kalau korang salah pilih pelembab, sis Katy yakin potensi untuk blackheads tu bertukar jadi jerawat adalah sangat-sangat tinggi.

Berapa banyak produk korang guna kononnya nak hilangkan blackheads? Belum terlambat untuk betulkan mana yang silap ye.

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

The following two tabs change content below.