berita

5 Parti Bakal Bertanding Di Hackathon Politik, Kini Giliran Anda Pula Untuk Menentukan. Jom Kita ‘Mengundi’!

May 28th, 2021 | by Shahira
Shout Out!

Architects of Diversity (AOD) dengan sokongan Undi18, Perdana Fellows Alumni Association (PFAA) dan Malaysian Students’ Global Alliance (MSGA) telah menganjurkan Hackathon Politik yang bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia terutamanya belia mengenai cabaran dunia politik.

Artikel Berkaitan: Cipta Parti Politik, Manifesto Terbaik Untuk Rakyat Malaysia Menerusi Hackathon Politik Sekarang

5 parti bertanding dalam Hackathon Politik

Untuk makluman semua, sebanyak 5 ‘mock’ parti politik telah dipilih untuk bertanding dalam simulasi pilihan raya. Kelima-lima parti politik iaitu Parti Demokratik Rakyat Malaysia (PDRM), Parti Konservatif-Revolusionis, Parti JUSTICIA, PEKA dan Parti Reformasi Malaysia telah melepasi beberapa fasa seperti menyampaikan manifesto dan polisi parti kepada pemimpin semasa iaitu YB Yeo Bee Yin, YB Lukanisman bin Awang Sauni dan YB Fahmi Fadzil.

Para peserta kemudian akan melakukan kempen pilihan raya untuk meraih undian rakyat Malaysia, berdebat serta mempertahankan dasar parti sendiri dan mengkritik dasar parti lain. Dalam fasa terakhir, pasukan yang terpilih akan bertanding untuk meraih undi daripada sampel perwakilan rakyat Malaysia.

Parti yang berjaya memenangi kawasan terbanyak akan dinobatkan sebagai juara Hackathon. Lebih menarik, pengundi di 30 daripada 33 kawasan ini diambil melalui syarikat tinjauan untuk mencerminkan demografi pengundi Malaysia.

Jom daftar jadi pengundi awam

Hacktahon Politik yang akan berlangsung bermula 28 Mei hingga 12 Jun ini melibatkan lebih 700 orang pengundi maya. Jadi, orang ramai dijemput untuk mendaftar sebagai pengundi awam di laman web https://hackathonpolitik.xyz .Para pengundi kemudian akan dibahagikan secara rawak kepada tiga kawasan pilihan raya dan anda berpeluang mengundi secara dalam talian pada 12 Jun 2021.

Berikut merupakan Jadual Siri Perdebatan yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Architects of Diversity (https://www.facebook.com/architectsofdiversitymalaysia) dan laman web rasmi Hackathon Poltiik (https://hackathonpolitik.xyz)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hackathon Politik, hubungi Jason Wee di [email protected] atau 014-3186370.

SKIP THIS AD ×