
Kalau korang pernah pergi roadtrip dengan geng, mesti akan perasan perangai masing-masing memang akan keluar sepanjang perjalanan. Dari yang tak reti diam, sampai ke yang kerja dia tidur je, semua ada peranan penting yang buat trip tu jadi lagi chaos tapi fun.
Lain orang, lain perangai kan? Tapi sebenarnya kenangan tu confirm akan lekat dalam kepala sampai bertahun! Jom tengok… korang yang mana satu?
1. Navigator yang confident tapi salah jalan

Ada tak antara kawan-kawan korang yang baru je duduk seat depan, terus claim dia paling terror bab tunjuk jalan. Waze pun dia tak percaya sangat, sebab dia “ingat-ingat” jalan tu pernah lalu dulu… lima tahun lepas.
Hasilnya? Tersalah exit, pusing satu bandar, last-last masuk simpang yang tak wujud. Hahaha! Kelam kabut jadinya! Tapi benda tu boleh buat korang gelak dan jadi sebahagian dari kenangan bila pergi roadtrip!
2. Si DJ Spotify tak bertauliah

Playlist tu kadang syok sendiri, tapi kita layan je. Tengah hujan, dia pasang lagu dangdut. Tengah nak tidur, tiba-tiba lagu macam dekat party pulak… Random betul kan?
Tapi percayalah, momen macam ni mesti korang akan sentiasa rindu!
3. Kaki tidur 70% perjalanan

Ada jenis yang masuk kereta je terus tidur. Tak sempat cerita pun pasal plan hari ni, dia dah berdengkur dengan kepala senget kat tingkap. Bila tiba-tiba terjaga, soalan pertama dia confirm, “Eh, dah dekat mana ni?”
Tapi walaupun nampak tak membantu, dialah orang yang paling bersemangat bila dah sampai destinasi. Masa orang lain penat nak turun, dia dah siap berdiri nak bergambar. Nampak je kaki tidur, tapi sentiasa ready bila diperlukan!
4. Suka plan teratur & siap buat itinerary

Trip tak akan jadi kalau takde dia ni. Dua minggu sebelum trip, dia dah share itinerary lengkap siap dengan waktu makan, anggaran masa solat, dan info tol semua. Masa orang lain malas nak fikir, dia dah settle semua sampai tempat tidur.
Kadang-kadang memang nampak macam over, tapi bila on trip, semua rasa bersyukur sebab tak perlu gaduh nak decide. Tempat makan sedap, port bergambar best, semua dah dalam plan. Respect untuk dia yang sabar handle geng yang suka last minute!
5. Kaki ambil gambar kat setiap spot!

Bukan tu je, ada yang jenis siap bawa kamera, atau at least phone dia yang paling canggih. Kalau boleh semua tempat bagi dia ‘instagrammable’. Kadang-kadang tepi pam minyak pun boleh buat gambar tu nampak aesthetic. Pantang nampak cahaya cantik, terus jerit, “Stop! Gambar jap!”
Dan masa semua orang balik rumah takde satu pun gambar, dialah satu-satunya yang ada album penuh. Selfie, candid, gambar makanan, semua dia dah tangkap. Itulah yang boleh buat throwback nanti.
Kalau semua perangai ni wujud dalam 1 trip, memang syoklah!
Trip best tak patut berhenti setakat dalam ingatan je. Sekarang, korang boleh abadikan setiap momen kelakar, gambar random geng, check-in kat port menarik dengan siap dapat ganjaran lagi tau! Ha semuanya boleh dengan fungsi PLUS Passport dalam app PLUS.
Tak payah buat lebih, just enjoy trip macam biasa, snap gambar atau selfie macam selalu, dan biar aplikasi itu uruskan selebihnya.
Fungsi dia pun senang je nak guna tau! Antaranya:
- Check-in lokasi GPS kat R&R & tempat menarik (POI) sepanjang lebuh raya PLUS & LPT2
- Upload gambar, selfie atau cerita pendek direct dalam aplikasi
- Setiap aktiviti tu dapat point, makin banyak korang travel, makin banyak point boleh kumpul
- Boleh tengok story pengguna lain juga – boleh cari idea port best sepanjang lebuhraya!
Sambil enjoy trip, sambil kumpul reward. Best kan?
Jom buat setiap trip tu lebih berbaloi dengan PLUS Passport!

Daripada scroll phone tanpa tujuan masa dalam kereta, baik guna peluang ni untuk check-in kat tempat menarik, simpan momen yang fun, dan kumpul ganjaran yang boleh ditebus. Semua ni boleh dibuat terus dalam aplikasi PLUS, mudah gila!
Download sekarang di Apple App Store dan Google Play Store , aktifkan fungsi PLUS Passport, dan explore sendiri betapa banyak port best dan cerita menarik sepanjang lebuh raya.








