Peminat sneakers, penggemar makanan, pengumpul barangan eksklusif dan pencinta budaya urban, siap sedia untuk acara yang paling dinantikan ramai!

Pada tahun ini, LahLahLand 2026 bakal menggegarkan Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada 10 Oktober 2026 hingga 11 Oktober 2026!

Sebelum korang gerak ‘serbu’ MIECC, ini 5 perkara penting yang korang wajib tahu supaya dapat berbelanja dan enjoy dengan maksima!

1. Pelancaran SneakerLAH x ASICS GEL-KAYANO 20 ‘Ais Kacang’!

Kembali ke ‘port’ asal yang menjadi titik permulaannya, SneakerLAH sekali lagi bekerjasama dengan ASICS SportStyle untuk memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu SneakerLAH | ASICS GEL-KAYANO 20 ‘Ais Kacang’.

Diilhamkan daripada pencuci mulut warna-warni kegemaran rakyat Malaysia, rekaan sneakers ini menyuntik elemen tempatan dengan gaya yang cukup aesthetic.

Untuk pengetahhuan, ini merupakan kolaborasi kelima antara SneakerLAH dan ASICS selepas fenomena ‘Nasi Lemak’, ‘KLCC’, ‘Teh Tarik’, dan ‘Mamee’. Korang yang nak cop sepasang kasut rare ni, pastikan siap sedia dan datang awal tau!

2. Kolaborasi eksklusif Grab x Aegis

Buat pengumpul dan peminat jenama tempatan, Grab dan Aegis bakal melancarkan kolaborasi istimewa pada 10 Oktober 2026.

Pelbagai merchandise edisi terhad bakal diperkenalkan sepanjang acara. Disebabkan koleksi ini dijual dalam kuantiti terhad dan dijangka sold out dengan cepat, korang disarankan beratur awal sebelum kempunan!

3. Port makan lagi besar dan meriah dengan MakanLAH powered by Grab Dine Out!

Dah penat cuci mata tengok sneakers, masa untuk isi perut pulak di bahagian MakanLAH powered by Grab Dine Out!

Tahun ini zon makanan tampil lebih luas dengan pilihan gerai yang jauh lebih pelbagai. Korang boleh nikmati pelbagai tawaran penjimatan termasuk:

  • Diskaun sehingga 45% untuk jumlah bil di vendor terkenal seperti myBurgerLab, Banglo 289, HWC Coffee, Lim Fried Chicken, WhiteButter.KL, La Pané, Rawtee, Mad Bebek, Lotteria, AllAce, Papasan Canteen, Jipinhe, Genki Sushi, dan banyak lagi!
  • Tebus baucar RM10 hanya dengan 10 GrabCoins untuk penjimatan ekstra di gerai makanan Dine Out dan kedai PayLater terpilih.
  • Diskaun terus semasa acara berlangsung apabila menggunakan PayLater by Grab.

Bukan itu sahaja, kolaborasi Grab x Aegis turut dibawakan ke peringkat kulinari bersama Banglo 289 menerusi Grab | Aegis | Banglo 289 Pop-Up Cafe yang menyajikan menu pencuci mulut khas Kelantan sebagai penghormatan kepada asal-usul Aegis.

Ingat tau, ruang tempat duduk kafe pop-up ini adalah eksklusif! Korang wajib gunakan ciri Book Table di aplikasi Grab untuk menempah tempat duduk korang. Paling best, pengunjung yang buat tempahan menerusi Book Table bakal menikmati pencuci mulut percuma dan membawa pulang barangan eksklusif!

Slot Masa Tempahan:

  • 10 Oktober 2026: 3:00 petang & 6:00 petang
  • 11 Oktober 2026: 11:00 pagi, 3:00 petang & 6:00 petang

Tempat duduk adalah sangat terhad mengikut slot masa. Guna ciri Book Table untuk tempah tempat duduk korang di Grab | Aegis | Banglo 289 Pop-Up Cafe sekarang!

Tempah tempat duduk eksklusif korang di SINI.

4. Beli dulu, bayar kemudian dengan PayLater by Grab!

Nak dapatkan kasut impian, merch Aegis atau kad Pokémon?

Pengguna yang layak boleh membahagikan bayaran kepada sehingga 12 ansuran dengan PayLater by Grab. Nikmati juga tawaran berikut:

  • Ganjaran sehingga 2X GrabCoins
  • Diskaun RM10 untuk pengguna baharu: ‘NEWPAYLATER10′
  • Diskaun RM10 untuk pengguna sedia ada: ‘PAYLATER10’
  • Diskaun RM20 untuk pengguna sedia ada: ‘PAYLATERVIP20’ (di kedai terpilih)

Belum ada PayLater? Jika layak, anda boleh mengaktifkannya dalam aplikasi Grab. Buka aplikasi Grab, tekan Payments, kemudian pilih Enjoy Now and PayLater di bawah Explore GrabPay.

Jika pilihan PayLater tidak dipaparkan, kami belum dapat menawarkan perkhidmatan ini kepada anda. Semua kelulusan tertakluk pada semakan dalaman kami.

Anda juga boleh mengaktifkan PayLater semasa membuat bayaran melalui DuitNow QR di acara tersebut, jika layak.*

Ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Grab dan tekan ikon pengimbas QR.
  2. Imbas mana-mana kod DuitNow QR atau kod QR pada bahan paparan di acara tersebut.
  3. Aktifkan PayLater dan isi maklumat peribadi anda.
  4. Selepas pengaktifan, pilih pelan bayaran pilihan anda: 4, 8 atau 12 ansuran.
  5. Tambahkan tawaran, kemudian tekan untuk membuat bayaran.
  6. Aktifkan PayLater sebelum acara supaya anda boleh terus membeli-belah tanpa perlu menunggu!

*Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Screenshot

5. CardsLAH Card Party, peminat TCG dan kemunculan Haru Akasaka!

Pertama kali diperkenalkan tahun ini, CardsLAH Card Party dihimpunkan khas buat komuniti Trading Card Game (TCG).

Dibawakan bersama TCGKL sebagai rakan komuniti, ini lokasi wajib untuk korang berjumpa dengan vendor, pengumpul, dan sesama peminat kad dagangan.

Paling gempak, zon ini turut menampilkan karya serta kemunculan istimewa Haru Akasaka, iaitu ilustrator rasmi bagi salah satu IP permainan teragung dunia!

Sebarang pembelian kad atau koleksi TCG yang layak juga menyokong pembayaran mudah PayLater by Grab. Serius mudah!

Daripada sneakers edisi terhad, merch eksklusif, makanan padu hinggalah ke koleksi kad TCG yang rare, LahLahLand 2026 memang acara penuh variasi yang korang tak boleh lepaskan!

Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, tiket kini boleh didapatkan pada harga RM30 (kemasukan umum) dan RM100 (VIP) dengan klik di SINI.

Apa tunggu lagi, pastikan korang hadirkan diri bersama bestie korang pada 10 & 11 Oktober 2026 ini di MIECC. Jumpa korang di sana!