berita

5 Perkara Yang Orang Dewasa Buat Sebab Terlampau Busy!! Korang Mesti Fahamkan?

August 29th, 2018 | by Azyan
Make-It-Senang

Masa kecik-kecik dulu, mesti korang rasa tak sabar nak jadi dewasa kan? Tak sabar nak ada kerja, nak ada gaji, nak ada kereta sendiri sebab senang nak ke sana-sini. Paling penting mesti korang tak sabar nak jadi dewasa sebab tak ada siapa nak halang korang lepak sampai pagi dengan kawan-kawan!

Time berangan memang best tapi hakikatnya.. bila dah dewasa, korang mesti rasa menyesal sebab pernah ada angan-angan macamtu kan? Kalau boleh nak stay jadi budak-budak je! Ini antara realiti yang orang dewasa hadapi. Di akhir artikel ni mesti korang akan rasa ‘hurm betul sangat lah tu..’

Hantar laundry jelah…tak sempat basuh sendiri..

Masa nak masuk rumah benda paling penting mesti korang tanya, ada mesin basuh tak? Nak hantar dekat dobi bukan murah. Seminggu sekali jugak nak kena basuh baju kan?

Last-last korang hantar jugak kat dobi sebab tak sempat. Keluar kerja pagi, balik malam. Belum kira nak makan, nak mandi. Memang korang fikir nak tidur jelah kalau sampai rumah..

Pesan makanan delivery jelah!

Paling selalu terjadi dekat office. Best jugak kan! Korang pilih je nak makan apa secara online lepas tu orang hantar makanan. Tak payah nak jalan kaki ke mana-mana. Terus sampai ke depan pintu.

Kalau pergi makan tu bukan sekejap tau! Nak fikir makan kat mana pon dah lama.

“Aku macam tak boleh join je lepak session hari ni…”

10 kali plan nak lepak 10 kali lah korang cancel. Bukan taknak lepak, tapi memang betul-betul tak ada masa. Kalau ada masa pun mesti korang tak larat sebab penat sangat. Lepas tu nak plan pun punyalah susah, kita free kawan tak free. Bila semua dah free, takde duit pulak nak lepak… Hurm masalah betul!

Tak sempat nak kemas rumaaaahhhhhh!!

Korang mungkin sempat untuk jadikan rumah korang nampak elok tapi tak sekemas yang korang nak kan? Kalau dulu korang suka mop lantai dua kali seminggu, sekarang ni korang sempat sapu jelah. Itupun kalau sempat!

Kena buat dua kerja lah kalau nak hidup selesa sikit..

Walaupun korang dah kerja, tapi kadang-kadang masih tak cukup duit gaji korang tu. Jadi, solusinya korang buat dua kerja.

Ha tapi kalau satu kerja pun dah takda masa.. Bayangkan kalau dua kerja?

Jangan berada di takuk yang sama terlalu lama! Apa kata korang Merdekakan diri korang?

Sempena bulan kemerdekaan ni, apa kata korang #MerdekakanDirimu dengan move on dan jangan berada di takuk yang sama! Kalau korang selesa dengan keadaan korang sekarang ni, 10 tahun lagi korang akan berada di tempat yang sama je.

Korang kena enjoy kehidupan yang korang ada dengan bergerak ke stage berikutnya dalam hidup! Cara pertama untuk mulakan stage ‘move on’ ni adalah dengan menjual barang-barang lama korang! Selagi barang-barang yang korang tak guna tu ada, korang mesti akan berada di tempat yang sama je.

Senang je, korang hanya perlu ambik gambar dan upload di Mudah.my! Di samping korang menjual barang-barang lama korang tu, korang bolehlah beli barang lain yang lagi sesuai dengan diri korang yang baru!

Mana tahu, barang lama korang tu boleh jadi barang baru untuk orang lain? Ha, kan bagus tu! Dengan Mudah.my ni mudah je guys, tak perlu susah-susah. Hanya ambil masa beberapa minit je untuk korang upload dan tulis details barang tu. Lepas tu tunggu orang beli! Mudah kan?

Nak lagi feeel Merdeka?

Bila korang buat ni sure korang terus semangat kemerdekaan dalam diri korang tu membuak-buak! Sekali gus dapat menaikkan semangat orang lain juga. Caranya mudah je:

1- Pergi ke laman web Mudah.my

2- Pastikan volume korang paling maksima untuk impak yang paling best!

3- Type ‘Merdeka’ secara rawak. Bukan di tempat carian tau. Korang type camtu je tapi mesti guna desktop homepage!

Dan rasai sendiri merasai debaran kemerdekaan itu dan bagaimana korang perlu merdekakan diri korang!

Korang boleh mula untuk #MerdekakanDirimu dengan lawati laman web Mudah.my disini!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 dari Mudah.my ! :)

SKIP THIS AD ×