berita

5 Perkara Yang Peniaga Online Je Faham! Parcel Tiba-Tiba Tak Boleh Track Tu Paling Pening!

February 14th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Jadi peniaga online ni tak semudah yang korang sangkakan. Dengar memang lah mudah. Post gambar kemudian orang beli, bungkus dan pass parcel kepada kurier. Tu je.

Tapi korang lupa, mana mungkin ada kerja yang tak ada masalah kan? Ha korang tau tak, masalah terbesar peniaga online ni adalah pihak kurier! Kadang-kadang mereka ada masalah dengan pihak kurier tau dan kalau dapat kurier yang tak membantu boleh menangis weh!

Jom tengok apa yang selalu penjual-penjual ni hadapi.

Parcel tak boleh track

Paling stress bila korang dapat pihak kurier yang tak ada sistem yang betul. Susah betul nak track parcel pelanggan dekat mana aduhai. Asyik lah tak ada dalam sistem! Kalau penjual tak dapat track apatah lagi pembeli kan? Lagi pening nak jawab!

Khidmat Pelanggan tak dapat dihubungi

Memanjang busy linenya. Call pagi tak dapat, call petang tak dapat. Nak call malam lah dah tutup pulak. Bila lah nak dapat bantuan khidmat pelanggan ni?

Kurier kerja 5 hari je seminggu

Nampak remeh kan? “Ala, tunggu lah hari Isnin baru nak post!”

Ha tapi sebenarnya leceh tau. Lagi pening kalau dekat tempat tu ada satu je pejabat kurier. Hari-hari kena beratur panjang.

Kalau buka hari-hari kan lagi mudah, tak payah lah pembeli pening nak susun time untuk post barang. Lambat dua hari pun pembeli marah tau.

Lama betul nak tunggu isu selesai, pembeli dah bising ni!

Tadi admin dah kata susah nak telefon khidmat pelanggan kan? Ha dah dapat telefon, punyalah lama nak selesaikan isu tu! Asyik kena minta update. Tapi tak selesai pun. Pembeli dah bising tanya tanya, penjual pula yang serba salah aduhai.

Kurier tak dapat track rider mana yang hantar barang

Bila korang tak pilih kurier yang bagus, macam min cakap tadi sistem pun lemah jadi semuanya tak dapat di track. Bukan sahaja parcel tapi rider mana yang hantar pun mereka tak tahu. Bila barang hilang, membuatkan situasi tu lagi susah nak diselesaikan.

Pemilihan kurier merupakan antara perkara paling penting untuk penjual!

Sebagai penjual korang mesti nak kan yang terbaik untuk pembeli kan? Kalau boleh hari ni pembeli letak order esok terus korang hantar. 

Tapi kadang-kadang, seberapa pantas pun korang buat kerja tapi kurier yang lambat pun korang juga yang kena balik kan? 

Ha sebab tu lah, korang kena masukkan pemilihan kurier ni bila korang nak buat bisnes.

Antara kurier paling mantap dan menjadi pilihan penjual di Malaysia ialah Ninja Van Malaysia!

Memang ada banyak syarikat penghantaran kat Malaysia ni tapi nak dapat yang betul-betul puas hati tu susah weh! Tak semua ada servis yang mantap macam Ninja Van Malaysia!

Korang tau tak yang diorang boleh selesaikan masalah korang dalam masa 24jam?

Dan customer service dia fuh, tiptop! Kalau korang ada masalah korang boleh terus sahaja email atau gunakan sahaja NinjaChat, platform berasaskan pesanan sosial dengan fungsi sembang masa sebenar

Senanglah korang nak track parcel yang korang hantar dengan mudah dan cepat!

Bukan sahaja Ninja Van Malaysia respond pantas, isu pun boleh selesai cepat!

Tak payah takut dah kalau pembeli bising-bising sebab isu korang tu boleh selesai dalam masa 24 JAM! Betul tu, 24jam!

So korang jangan risau risau dan boleh terangkan dekat pelanggan berapa lama masa yang korang perlukan untuk selesaikan sesuatu isu itu.

Sekurang-kurangnya pelanggan akan lebih lega bila dapat tahu jangka masa untuk masalah mereka diselesaikan betul tak?

Korang boleh dapatkan penghantaran pantas sebab Ninja Van Malaysia beroperasi 7 hari seminggu!

Ninja Van Malaysia ni juga jadi pilihan ramai sebab sistem mereka yang sangat sistematik dan mereka turut beroperasi 7 hari seminggu dari segi pick up, penghantaran dan juga customer support.

Dan paling best, cawangan Ninja Van Malaysia ni ada merata-rata! Senang lah nak drop parcel kalau ada banyak  cawangan kan? Kalau dekat satu tempat tu penuh boleh pergi tempat lain.

Kalau nak mereka pick-up parcel dekat kedai atau rumah pun boleh je. Mana yang mudah untuk korang lah! Ninja Van Malaysia ni ada banyak pilihan yang korang boleh pilih.

Siap boleh cash on delivery lagi. Patutlah ramai pembeli dan juga penjual suka gunakan perkhidmatan mereka ni!

Bukan main berdrama lagi ye korang nak settlekan isu parcel! Sebijik macam video kat bawah ni.

Jom layan Kdrama dari Ninja Van Malaysia dekat bawah ni. Mesti korang boleh relate!

Ha macam k-drama betul ya. Admin pun sedih sekali rasa nak pergi tolong carikan je barang tu. Nak lagi? Ha admin kasi lagi satu.

Tengok rider-rider Ninja Van Malaysia dengan peniaga dan pembeli ni semua! Chill habis!

Sebab tu ramai peniaga menggunakan khidmat Ninja Van Malaysia sebab mereka boleh selesaikan masalah bungkusan anda dengan cepat dan mudah!

Ha, apa lagi tu? Jangan pening kepala dah, tukar je kurier pilihan korang ke Ninja Van Malaysia. Terus settle semua masalah-masalah yang korang ada tu.

Maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI! 

SKIP THIS AD ×