berita

5 Pesanan Mak Yang Kelakar Dan Pedas, Tapi Sebenarnya Tetap Berguna Sampai Sekarang

September 20th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Korang mesti ada banyak pengalaman kena membebel dengan mak kan? Dan pesanan mak yang paling sinis dan kelakar itulah selalunya kita akan ingat. So, harini jom kita throwback 5 pesanan mak yang paling famous dan melekat dalam kepala sampai sekarang!

1. Makan sayur banyak-banyak, biar elok membesar jadi orang

Apa yang mak maksudkan:

Disebalik pesanan suruh makan sayur tu, mak sebenarnya nak kita sentiasa berusaha dan pilih yang terbaik buat diri sendiri. Dengan harapan korang membesar dengan sihat dan jadi seorang yang berjaya serta berguna.

2. Tak payah tidur, elok berjaga je sampai esok pagi, memang anak-anak mak ni semua robot

Apa yang mak maksudkan:

Hakikatnya kita tak digalakkan tidur lambat. Setiap orang perlukan rehat yang cukup sebab korang bukannya macam robot bila habis je bateri boleh re-charge balik. Individu yang tidur dan rehatnya cukup biasanya lebih sihat dan produktif tau!

3. Kalau dah tak sayang nyawa tu, bawak la kereta laju-laju macam pelesit

Apa yang mak maksudkan:

Haa… sinis tapi bermakna tu. Siapa tak sayang nyawa sendiri kan? Jadi ingatlah pesan mak, pastikan korang memandu dengan berhemah dan berhati-hati. Jangan asyik nak cepat je. Tak lari pun tempat yang nak dituju tu.

4. Belajar simpan duit tu, esok lusa senang masa depan

Apa yang mak maksudkan:

Mak bukan semata-mata suruh menabung saja tau. Sebenarnya korang kena lebih bijak menguruskan kewangan diri. Simpanan untuk masa hadapan tu penting wei.

5. Kita tak tahu esok apa akan jadi, jangan nak boros sangat!

Apa yang mak maksudkan:

Ya, mungkin dulu pesanan ni nampak remeh untuk kita, tapi bila dah besar panjang macam sekarang, baru masing-masing faham keperluan berjimat. Ingat, bila dah terdesak nak guna nanti, belum tentu ada yang boleh tolong.

Hari esok lebih relaks dengan AIA Public Takaful!

Kalau korang nak tahu, pesanan dan nasihat yang admin list dekat atas ni sebenarnya diinspirasikan daripada kempen Data Mak Aku yang diperkenalkan oleh AIA Public Takaful.

Melalui kempen ini, pihak AIA Public Takaful berusaha membantu orang ramai supaya mereka hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Dan disebabkan itu, slogan Usaha Dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda ni jadi pilihan.

Pendek kata, walaupun hari-hari yang berlalu tu dah cukup baik, tapi kita perlu berusaha untuk memastikan semuanya lebih sempurna dan berada pada tempat yang betul. Paling tidak, sekurang-kurangnya korang bersedia untuk lindungi diri daripada segala kemungkinan.

Dan kalau korang nak tahu, sehingga kini, AIA Public Takaful menawarkan pelbagai pilihan pelan perlindungan untuk individu dan perniagaan yang pastinya akan buat hidup korang lebih relaks setiap hari.

Jadi, kalau korang nak dapatkan lebih banyak informasi tentang Data Mak Aku atau produk yang ditawarkan oleh AIA Public Takaful, korang boleh layari laman sesawang AIA Public Takaful atau Facebook AIA Public Takaful hari ini juga!

SKIP THIS AD ×