berita

5 Resipi Ringkas Ala Chef Terkenal Yang Korang Kena Cuba Ramadan Ini. Jimat & Senang Je!

May 12th, 2020 | by Epul
MyResipi

Bosanlah asyik makan lauk sama je hari-hari. Nak order, delivery charge mahal pula. Apalah aku nak masak hari ni?

Dah tak tau nak masak juadah apa untuk berbuka? Korang dah habis cuba semua resipi yang viral kat media sosial? Haa.. Apa kata korang masak je hidangan yang ringkas, bahan pun senang nak cari.

Kali ni, kami kongsikan 5 hidangan mudah yang korang boleh cuba untuk berbuka puasa nanti. Gerenti sedap dan takkan berhenti tambah!

1. Fillet Ikan Masak Masam Manis Ala Chef (tidak melebihi RM15)

Bahan-bahan:

  • Fillet ikan dori
  • Tepung segera
  • Bawang putih – 3 ulas (dihiris/potong dadu)
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris/potong dadu)
  • Cili padi diketuk – 2 biji
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Lada benggala/tomata penyeri hidangan

Cara masak:

  1. Goreng fillet ikan dori yang telah dicelup tepung, kemudian ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau.
  3. Campur semua sos dalam mangkuk dan tuangkan ke dalam kuali.
  4. Kacau dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tambahkan lada benggala atau tomato.
  6. Tuangkan kuah yang siap dimasak keatas fillet ikan dori dan sedia untuk dihidang.

2. Dendeng Kerbau Resepi Emak Saya (tidak melebihi RM20)

Bahan-bahan:

  • 1 kilo daging kerbau
  • Kicap lemak manis
  • Bawang besar -1 biji (dikisar)
  • Bawang putih – 3 ulas (dikisar)
  • Halia – 1 inci (dikisar)
  • Cili kering – segenggam (dikisar)
  • Serbuk lada hitam satu sudu (ikut tahap kepedasan yang korang nak)
  • Asam jawa 1 sudu
  • Garam secukupnya

Cara masak:

  1. Rebus daging sehingga empuk kemudian hiris nipis mengikut urat daging.
  2. Tumbuk hirisan daging hingga leper (jangan hancur).
  3. Gaul daging dengan kicap lemak manis, goreng separuh garing kemudian asingkan.
  4. Goreng bahan yang dikisar sehingga naik bau dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan serbuk lada hitam.
  6. Masukkan sedikit air daging, asam jawa dan garam.
  7. Akhir sekali, masukkan daging dan masak sehingga kering. Hidangan sedia untuk dihidang.

3. Ayam Goreng Kunyit Simple (tidak melebihi RM10)

Bahan-bahan:
  • 500 gram ayam
  • Bawang besar -1 biji (dikisar)
  • bawang putih 3 ulas (dikisar)
  • Halia – 2 inci (dikisar)
  • Lada merah – 3 biji
  • Serbuk kunyit – 2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Secubit Lada Hitam

Cara masak:

  1. Panaskan api, goreng bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Tumbukkan lada yang ditumbuk sedikit kemudian masukkan ayam.
  3. Masukkan kunyit dan sedikit air.
  4. Dalam beberapa minit masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah sedikit kering kemudian siap untuk dihidang.

4. Salad Buah Gaya Kak Nana (tidak melebihi RM15)

Bahan-bahan:

  • Anggur
  • Epal
  • Tembikai
  • Strawberry
    (Boleh pilih buah kesukaan, ini adalah contoh sahaja)
  • Mayonis – 3 sudu besar
  • Yogurt – 1 cawan
  • Susu cair- 1 cawan

Cara penyediaan: 

  1. Buah hendaklah dipotong dadu.
  2. Gaulkan dengan kuah (mayonis, yogurt dan susu cair yang telah dicampurkan).
  3. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang.

5. Smoothie Ribena Viral (tidak melebihi RM15)

Bahan-bahan:

  • Kordial Ribena
  • Yogurt- 1/4 cawan
  • Susu pekat- 3 sudu
  • Madu-1 sudu
  • Ais
  • Laici

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali laici) ke dalam mesin pengisar dan kisarkan.
  2. Tuangkan dalam cawan, letakkan buah laici di atasnya dan sedia untuk dihidang.

 *Anggaran dibuat berdasarkan harga bahan utama.

Raya Ini Lebih Kejutan, Lebih Jimat dengan Giant!

Resipi dah tau, tunggu apa lagi? Jomlah beli bahan-bahan nak memasak. Kalau korang nak dapatkan bahan masakan yang berkualiti pada harga yang berpatutan, apa kata korang berbelanja je di Giant.

Untuk pengetahuan korang, Giant sekarang sedang ada promosi untuk aneka barangan yang dijual, daripada bahan mentah, kelengkapan rumah sehinggalah ke persiapan nak menyambut Aidilfitri.

Lepas ni, bolehlah korang cuba lebih banyak resipi untuk santapan seisi keluarga. Siapa kata perlu berbelanja besar untuk hidangan yang lazat, sebab di Giant korang boleh dapatkan bahan-bahan masakan pada harga yang murah dan lebih penjimatan.

Bukan itu je, Giant juga ada jual barangan untuk persiapan Aidilfiti seperti baju raya dan kuih raya. Memang rugi la kalau korang lepaskan peluang untuk berbelanja di Giant.

Semua promosi ni untuk masa yang terhad je! Jomlah ke Giant berdekatan untuk dapatkan lebih kejutan, lebih jimat. Sebarang maklumat lanjut korang boleh klik je kat SINI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×