berita

5 Restoran Menarik Di Malaysia Dapat Anugerah Bib Gourmand Dalam MICHELIN Guide, Jom Try!

February 9th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Betul ke ada restoran di Malaysia dapat anugerah MICHELIN Guide?

Memang betul guys! Beberapa restoran menarik di Malaysia dapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide. Anugerah Bib Gourmand diberikan istimewa kepada restoran yang memenawarkan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

MICHELIN Guide merupakan penerbitan di peringkat antarabangsa yang memberi penghargaan kepada restoran mahupun penyedia makanan yang dilihat mencapai standard penilaian terbaik. Tahniah buat restoran yang dapat anugerah ni!

Lebih-lebih lagi, sekarang GrabFood dah jadi rakan kongsi rasmi MICHELIN. So, tak kira la korang kat mana sekalipun, korang boleh dapatkan makanan MICHELIN ni pada bila-bila masa di GrabFood. Paling best, tak payah beratur!

Pesan makanan dalam talian bukan sesuatu yang asing lagi. Dah jadi macam trend. Duduk goyang kaki, guna jari je untuk pesan makanan. Tup tup makanan sampai. Tak perlu keluar jadi jimat la masa dan tenaga.

Tapi restoran apa je yang dapat anugerah Bib Gourmand ada di GrabFood sekarang? Jom kita tengok. Mesti menarik dan sedap!

Congkak (KL)

Congkak terletak di sebuah kawasan perumahan di Bukit Bintang. Tak jauh dari pusat negara. Korang wajib cuba restoran ni di Grabfood sebab resroran ni dapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide bagi rasa asli tempatan hidangannya.

Buat korang yang nakkan kelainan daripada kesibukan di bandar dan mencari sajian istimewa berasaskan resipi asli Nusantara dan masakan tradisional Melayu, Congkak la jawapannya. Sangat menepati cita rasa ramai.

Set Nasi Ambeng yang popular dalam kalangan warga tempatan menawarkan kepelbagaian tekstur dan kombinasi yang lazat dengan sambal, pasti memikat hati setiap pelanggan.

Congkak

Alamat: 24, Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, jam 12 tengah hari hingga 11 malam

No tel: 019-289 7008

Penang Road Famous Laksa (Pulau Pinang)

Sebut je pasal Laksa Penang, terus terlintas restoran ni. Tengok namanya, mesti korang ingat restoran ni kat Penang Road kan? Eh, tak! Sebenarnya Penang Road Famous Laksa terletak di Lebuh Keng Kwee, George Town.

Kalau korang berada di Pulau Pinang dan teringin makan laksa dan cendol yang sedap, boleh pesan dengan Penang Road Famous Laksa di GrabFood. Pilihan sempurna untuk korang yang menggemari laksa.

Restoran ni dapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide kerana kemasyhurannya dengan sajian kuah sardin yang memaparkan kedalaman rasa dan nikmat luar biasa. Char koay teow dengan telur itik juga tak boleh dilepaskan.

Penang Road Famous Laksa

Alamat: 5, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, jam 9 pagi hingga 5.30 petang

No tel: 016-446 0543

Dancing Fish (KL)

Eh, nama restoran ni nampak menarik! Dancing Fish telah beroperasi sejak tahun 2010 di Bangsar. Restoran ni menyajikan hidangan rasa Indo-Melayu klasik yang menambat hati. Patut la dapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide!

Dancing Fish semestinya restoran yang korang kena cari di GrabFood. Bahan-bahan dipilih dengan teliti untuk membawa perisa sebenar Malaysia dan Indonesia. Paling penting, tiada MSG ditambah dalam makanan.

Menu paling menarik di restoran ni ialah Dancing Fish. Hidangan istimewa di mana ikan digoreng sempurna dengan isi yang masih lembut dengan luaran yang rangup. Hidangan sambal dan sos turut memikat.

Dancing Fish

Alamat: Lot T120 &121, 3rd Floor, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, jam 11.30 pagi hingga 10 malam

No tel: 03-2095 6663

Sardaarji (Pulau Pinang)

Jarang nak jumpa restoran India di Pulau Pinang yang mengkhususkan masakan India Utara. Terutamanya yang menyajikan hidangan Punjabi asli. Tapi kami dah jumpa restoran ni di satu sudut Little India di Pulau Pinang, Sardaarji.

Dianugerahkan Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide, Sardaarji merupakan satu-satunya restoran Punjabi yang menyajikan hidangan India Utara di Pulau Pinang. Teringin makan masakan India, kena la pesan di GrabFood dengan Sardaarji.

Hidangan yang mesti dicuba ialah Amritsari yang dibuat dengan ikan merah, sup lentil hitam dan pencuci mulut gulab jamun. Persembahan langsung instrumen India meningkatkan pengalaman dan memeriahkan suasana. Serius recommended!

Sardaarji

Alamat: 6, Lebuh China, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, jam 12 tengah hari hingga 10 malam

No tel: 04-263 7069

Anak Baba (KL)

Tak sangka kat KL pun ada makanan Baba Nyonya. Beroperasi di sebuah rumah kedai lama yang berangin, Anak Baba mendapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide untuk masakan Peranakan asli dengan unsur rasa Indo-Melayu bersama pengaruh Cina.

Paling menarik, ia menawarkan pelbagai menu masakan Baba Nyonya yang boleh diubah suai intinya mengikut selera korang. Boleh tengok sendiri di GrabFood. Rambang mata!

Menu paling menarik untuk korang cuba ialah Nyonya Laksa. Bayangkan korang boleh pilih untuk nikmati hidangan tersebut bersama mee, mihun, kuey tiau ataupun menggabungkannya. Best gila!

Anak Baba

Alamat: 159, Jln Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, jam 8 pagi hingga 5 petang

No tel: 03-2276 2815

Korang mesti tertanya-tanya. Macam mana restoran-restoran ni boleh dapat anugerah Bib Gourmand eh? Sebab restoran-restoran ni menawarkan makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Patut la sedap dan menarik!

Tak perlu buat tempahan tempat & beratur, pesan di GrabFood pada bila-bila masa dan di mana jua!

Bayangkan korang boleh cuba semua restoran yang dapat anugerah Bib Gourmand dalam MICHELIN Guide dengan hanya memesan di GrabFood. Seronok kan? Boleh ajak keluarga dan kawan-kawan korang try sekali. Tak perlu beratur, boleh pesan kat mana-mana je. Meriah wei! Meriah wei!

Macam mana nak cari restoran MICHELIN di GrabFood? Ikut langkah demi langkah di bawah.

Langkah 1: Buka aplikasi GrabFood.

Langkah 2: Klik pada bar carian dan masukkan “MICHELIN”.

Langkah 3: Senarai restoran MICHELIN Guide akan muncul.

Jom pesan makanan secara talian dengan GrabFood. Sebenarnya banyak lagi restoran menarik di GrabFood yang korang kena try tau. Klik SINI je.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×