berita

5 Ruang Kerja Bersama Yang Best Di KL Dengan Pas Harian Di Bawah RM45!

November 27th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Ruang kerja bersama atau coworking space bukanlah satu hal yang asing lagi, dah ramai individu dan juga syarikat-syarikat yang memilih untuk bekerja dari ruang begini je sebab lebih jimat dan memudahkan.

Buat korang yang sedang mencari ruang kerja bersama untuk diri sendiri mahupun team korang, jom kami tolong list lima tempat best di sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan harga berpatutan.

5 ruang kerja bersama di bawah RM45 sehari

1. Co-labs Coworking

Secara keseluruhan Co-labs Coworking mempunyai lima cawangan di Selangor dan KL – KL lokasinya adalah di Naza Tower. Semua keperluan asas yang korang perlukan untuk bekerja dah lengkap di sini tau, termasuklah bilik mesyuarat, ruang acara, port usb, ruang untuk tidur sekejap dan banyak lagi!

Kalau dah boring kerja dan nak release tension, korang boleh ke ruang rehat yang menyediakan mesin arked. Haa.. Best kan? Main game dulu puas-puas lepas itu boleh sambung kerja. Hal makan pun tak perlu risau, sebab di sini ada cafe untuk korang makan tengah hari dan minum kopi sepuasnya.

Harga: Pas harian bermula daripada RM39/hari, untuk maklumat lanjut klik di SINI

2.WORQ Coworking

WORQ Coworking diiktiraf sebagai Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan tersenarai dalam Green Building Index menjadikan ia kawasan kerja yang lestari dan mesra alam. Jadi, kalau korang sangat jaga bab sustainability dekat sinilah tempat paling sesuai buat korang bekerja!

WORQ Coworking menyediakan bilik permainan, ruang tidur sementara dan kakitangan yang sangat mesra untuk membantu korang bila-bila masa sahaja. Lokasi pula sangat-sangat strategik iaitu di Menara 1 Sentrum, betul-betul di tengah bandar KL. Mudah!

Harga: Pas harian bermula daripada RM40/hari, untuk maklumat lanjut klik di SINI

3. Komune Coworking

Terletak di KLCC, Komune Coworking adalah tempat yang super strategic buat korang yang tinggal dan banyak urusan di sekitar KL. Tak perlu nak rushing, sebab mudah untuk korang guna pengangkutan awam di kawasan ini.

Paling love, dekat sini suasananya sangat tenang dengan mengetengahkan warm lighting dan tona kayu pada binaan mereka. Komune juga terkenal dengan sesi ‘Komune-ity’ yang membolehkan ahli menyertai kelas yoga, ceramah kesihatan dan banyak lagi.

Harga: Pas harian bermula daripada RM35/hari, untuk maklumat lanjut klik di SINI

4. Jerry

Cawangan Jerry di KL terletak di Kuchai Lama dan Wangsa maju yang mana keduanya-duanya adalah lokasi ruang kerja bersama terbaru mereka selain di TTDI, Hartamas, SS15 dan Damansara Height.

Di sini rekaan dalaman yang diketengahkan adalah berkonsepkan minimalis dengan palet warna monokrom menjadikan ia satu ruang yang sangat selesa dan menenangkan untuk bekerja.

Harga: Pas harian bermula daripada RM30/hari, untuk maklumat lanjut klik di SINI

5. Inspire

Inspire adalah ruang kerja bersama yang digambarkan sebagai tempat ideal untuk kedua-dua introverts dan extroverts. Lokasinya berada betul-betul di tengah bandar KL iaitu di Jalan Robertson, Bukit Bintang.

Selain menjanjikan ruang kerja yang selesa dan serba lengkap, di sini juga korang boleh menikmati kopi percuma sepanjang hari dari coffee bar mereka. Sementara kemudahan lain yang turut disediakan adalah gim, kolam renang, bilik permainan dan banyak lagi!

Harga: Pas harian bermula sekitar RM20/hari, untuk maklumat lanjut klik di SINI

Nak lebih jimat untuk uruskam team korang? Manfaatkan Employment Hero!

Kami faham kalau korang sedang berusaha sehabis baik untuk meminimumkan perbelanjaan syarikat, lagi-lagi korang yang baru bergelar business owner. 

Bagi memudahkan korang mengendalikan urusan team yang bekerja secara fleksibel dari rumah atau ruang kerja bersama, korang boleh jadikan Remote First Playbook dari Employment Hero sebagai panduan bagi memudahkan pengurusan keperluan team korang.

Antara aspek yang diketengahkan melalui Remote First Playbook  adalah:

  • Kelebihan mengamalkan sistem pekerjaan fleksibel
  • Garis panduan pekerjaan jarah jauh
  • Panduan mengekalkan budaya syarikat buat syarikat dengan sistem kerja jarah jauh
  • Kaedah komunikasi untuk pekerjaan jarak jauh

Nak lagi mudah dan jimat? Guna je Employment Hero untuk selesaikan tugas HR di syarikat korang! Semuanya mereka boleh bantu tau termasuklah pengambilan pekerja, pengurusan, pembayaran gaji, pembelajaran dan pembangunan pekerja.

Paling penting, Employment Hero juga boleh diakses pekerja dengan mudah. Mereka bebas menggunakan keseluruhan ciri layan diri yang dijamin akan membuatkan urusan mereka lebih lancar, ciri ini termasuklah digital onboarding, pengurusan cuti dan mengemas kini data peribadi pekerja.

Dah bosan dan tak larat nak buat performance review? Jangan risau, biar Employment Hero je tolong korang! Mereka menyediakan akses untuk pengurus dan pekerja menggunakan templat 1:1 berstruktur, 360 feedback tools dan pelbagai kemudahan lain bagi mewujudkan budaya yang lebih positif.

Buat korang yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang Employment Hero korang boleh ikuti Instagram mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×