Apa aktiviti anda semua pada hujung minggu yang lalu? Mesti ramai yang bawa anak-anak berjalan jauh sempena musim cuti sekolah yang panjang ni.
Berlainan pula dengan kami kerana tidak perlu nak drive berjam-jam lamanya semata-mata untuk meluangkan masa dengan keluarga. Nak tahu kenapa?
Sebabnya, Pesta LAMPU Putrajaya yang berlangsung daripada 12 sehingga 14 Disember lalu memang membuatkan hujung minggu kami well-spent gitu. Nah, ini adalah 5 sebab anda rugi tak pergi Pesta LAMPU Putrajaya yang super best ni!
1. Dinobatkan sebagai “The Largest Light & Motion Festival” oleh The Malaysia Book Of Records
Waahh! Ini merupakan kali pertama kami berpeluang untuk menyertai program yang mendapat pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ tau.
Untuk makluman anda, ‘Pesta LAMPU Putrajaya’ ini telah dinobatkan sebagai “The Largest Light & Motion Festival”. Kami tengah bangga gila ni okay!
2. Projektor lampu di bangunan-bangunan ikonik Putrajaya yang sangat awesome
Rasanya semua orang tahu yang Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Jadi, semua bangunan di sini memang dibina dengan rekaan unik dan cantik-cantik.
Dek kerana itu, memang bangunan-bangunan tersebut tampak lebih awesome apabila dilimpahi cahaya warna-warni. Memang terpegun kami dibuatnya.
3. Persembahan wayang kulit besar-besaran
Ha.. Kami tak perlu nak ke negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu untuk tonton persembahan wayang kulit tau. Malah, kami lihat anak-anak kecil yang paling teruja apabila berpeluang menonton wayang kulit live macamni.
Al-maklumlah, sebelum ni asyik tengok cerita dalam panggung wayang je kan? Sekali-sekala kenalah terapkan seni budaya orang Malaysia. Betul tak?
4. Jualan akhir di Mini IT Fair yang sangat murah
Perkara ini memang dinanti-nantikan oleh pengunjung yang gila gajet. Mana taknya, ‘Mini IT Fair’ ini memberikan tawaran harga yang sangat murah sehingga membuatkan pengunjung berebut-rebut mahu mendapatkan gajet idaman mereka.
5. Pertandingan Fotografi LAMPU 2014
Buat abang-abang dan kakak-kakak jurugambar pula, inilah masanya mereka mahu tunjuk bakat masing-masing apabila ‘Pesta Lampu Putrajaya’ juga menganjurkan ‘Pertandingan Fotografi LAMPU 2014’.
Khabarnya, lebih 1800 penyertaan telah diperolehi setakat ini dan kami rasa juri pun naik pening kepala nak tentukan siapakah juara bagi pertandingan tersebut. Semua gambar memang cantik-cantik tau!
Sumber foto: Facebook Perbadanan Putrajaya