berita

5 Sebab Anugerah Di Hollywood Nampak Gempak & Eksklusif Walaupun Simple.. Tak Macam Di Malaysia

March 1st, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-01 at 12.22.04 PM

Pada Ahad lepas berlangsungnya anugerah MeleTOP ERA 2016 yang bertemakan ‘Glamour Futuristic’. Siapa tengok? Kami pun tengok-tengok macam tu je sebab dari pre event show lagi kami perasan event anugerah tu tak tersusun dan berterabur. Kami tengok pun sampai pening kepala. Tapi sebab nak support anugerah tempatan kan, kami layan kan je la.

Esoknya ada anugerah di Hollywood pula iaitu The Oscars 2016. Anugerah Oscars tu dianggap paling berprestij di sana. Semua artis di dunia ingin memenangi anugerah tersebut. Walaupun anugerah itu ditonton satu dunia, kami tengok semuanya disusun rapi dan tiada tema merepek macam kat sini. Hmm..

1. Simple, Tak kusut

6

Korang perhatikan balik eh, event di Hollywood simple je. Tak perlu nak letak banyak benda untuk ‘red carpet’ sahaja. Bila kami tengok anugerah MeleTOP Era 2016 baru-baru ni, banyak sangat benda nak di ‘highlight’ kan sampai event jadi berterabur gila dan tak teratur.

Sampaikan krew produksi pun masuk dalam frame tengah kelam kabut buat kerja. Kenapa sampai jadi macam tu eh?

2. Artis tak berat tangan nak tepuk tangan

3

2

Di Malaysia, bila artis menang suasana di auditorium event tu senyap je sampaikan boleh dengar bunyi cengkerik. Tak dengar rakan artis yang lain turut sama tepuk tangan tanda sokongan. Ada yang selfie la, ada yang main whatsapp, ada yang muka masam (Jealous kot).. Eh macam-macam lagi la!

3. Tema classy, tak merepek

Screen Shot 2016-03-01 at 12.33.29 PM

Screen Shot 2016-03-01 at 12.16.20 PM

Kami faham di Hollywood memang tiada limitasi untuk pakai macam mana pun. Nak terdedah sampai mana pun tak kisah la sebab itu memang culture diorang. Tapi tema diorang simple je. Nampak classy dan kemas.

Pelakon lelaki pakai suit lengkap dan artis perempuan pakai dress. Lawa apa.. Ini sampai tema merepek dan entah apa-apa.

4. Tak semestinya hos kelakar, event happening

Screen Shot 2016-03-01 at 12.36.13 PM

Screen Shot 2016-03-01 at 12.38.24 PM

Di Hollywood, hos yang kendalikan sesuatu event hanya seorang atau dua orang sahaja. Event masih berjalan lancar dan happening. Macam anugerah MeleTOP Era 2016 hari tu, hos semua happening tapi macam bingit. Semua nak bercakap dan masing-masing nak tunjuk ‘taring’.

5. Ayda Jebat menang lepas 2 single, Leonardo DiCaprio menang Oscar lepas 22 tahun

Screen Shot 2016-03-01 at 12.36.27 PM

Screen Shot 2016-03-01 at 12.55.13 PM

Bila Ayda Jebat menang di Anugerah MeleTOP Era 2016 hari tu, semua pelik dan tanya ‘Macam mana dia ni boleh menang? Nyanyi live pun hampeh’. Bila orang dah hentam tu, faham-faham je lah kan?

Pelakon Titanic, Leonardo DiCaprio tunggu sampai berpuluh tahun nak menang anugerah Oscar tu je. Berlakon bagai nak rak tapi berabad nak menang anugerah tu. Ayda Jebat baru 2 lagu (takde album tau) dah menang banyak dalam satu anugerah.. Hmm

Ini hanya pendapat peribadi kami sahaja. Jangan ambil hati ya? Hehe

7

SKIP THIS AD ×