berita

5 Sebab Kenapa Bintang Bersama Bintang 2019 Lagi Kelakar & Best Berbanding Musim Lepas!

March 25th, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Setelah empat minggu bersiaran, rancangan popular TV3, Bintang Bersama Bintang 2019 berjaya menambat hati orang ramai dengan sketsa lawak yang menghiburkan. Memang tak kering gusi guys!

Setiap minggu peserta yang terdiri daripada pelawak terkenal tanah air akan mempersembahkan sketsa lawak mereka bersama artis undangan yang dipilih. Menang persembahan mingguan dua minggu berturut-turut, Achey antara peserta yang berjaya mencuri tumpuan. Ini kami listkan 5 sebab kenapa Bintang Bersama Bintang 2019 kali ini lebih menarik berbanding musim lepas.

Barisan peserta yang terkenal

Barisan peserta Bintang Bersama Bintang 2019 kali ini diwakili oleh pelawak terkenal tanah air seperti Achey, Syuk, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Achey merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013.

Achey dan Syuk merupakan peserta otai di pentas BBB kerana pernah bertanding sebelum ini. Hal ini memberi cabaran bagi pelawak-pelawak baru untuk bersaing bersama mereka yang cukup berpengalaman. Walaupun terpaksa bersaing dengan pelawak otai, ternyata Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero cepat menyesuaikan diri dan beri saingan sengit.

Lawak fresh + bertenaga

Persembahan peserta BBB kali ini lain dari yang lain kerana peserta berhempas pulas menghasilkan sesuatu yang menarik untuk penonton. BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburkan para penonton. Ada diantara pelawak yang mengenakan isu-isu semasa dijadikan sesuatu jalan cerita yang mudah untuk difahami oleh penonton.

Persembahan Achey dan Zulin pada minggu ke-4 menceritakan kisah satu keluarga dimana isteri dan anak-anaknya sibuk bermain permainan video di telefon bimbit sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan anak. Selain itu, sketsa ini turut menceritakan tentang selebriti sosial media yang sering membuat review tidak jujur kerana hanya ingin mengaut keuntungan. Memang setepek kena!

Sebelum ini, pada mingu pertama, Achey yang bergandingan dengan Ammar menceritakan tentang isu buli yang kian menjadi-jadi serta menyelitkan tentang watak viral si nopal di dalam sketsanya.

Sketsa penuh mesej

Sketsa BBB pada musim ini penuh dengan isu-isu semasa yang digabungkan ke dalam satu persembahan yang menarik. Chiwan bersama Izzue Islam mengisahkan isu-isu semasa berkaitan gambar yang memperoleh 53 juta likes di laman Instagram berserta isu ‘Egg Boy’ yang memecahkan telur di kepala Senator Australia turut menarik perhatian.

Persembahan Syuk dan Wan Sharmila pula menceritakan tentang kisah hal rumah tangga yang bergolak kerana mempercayai benda yang tidak sahih dan tentang isteri yang selalu membuka aib suami di laman sosial. Sketsa ini memberi pelbagai pengajaran kepada pasangan di luar.

Artis jemputan yang Hot!

Artis jemputan bagi setiap minggu persembahan amat menarik. Artis terkenal tanah air akan berduet bersama pelawak untuk membuktikan keunggulan mereka dalam arena lawak.

Antara artis jemputan yang turut memberi impak kepada persembahan peserta BBB ialah Zulin Aziz, Izzue Islam, Ammar, Ayie Floor 88, Bell, Janna Nick, Sufian Suhaimi, Wan Sharmila, Adibah Noor dan lain-lain.

Pemilihan lagu yang tidak hambar

Pemilihan lagu yang menarik membuat penonton tidak bosan dan sentiasa terhibur dengan persembahan peserta. Rata-rata peserta bijak dalam pemilihan lagu yang bersesuaian dengan tema persembahan mereka.

Bintang Bersama Bintang 2019 bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam. Para penonton boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang diTV3.

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×