berita

5 Sebab Kenapa Maybelline Fit Me Foundation Paling Ngam Untuk Rakyat Malaysia!

July 22nd, 2019 | by Mastura
Kecantikan

“Wei kau pakai shade apa untuk foundation kau ni? Aku tengok macam tak kena je!”

Pilih foundation merupakan benda yang paling susah untuk kaum perempuan. Kalau salah pilih shade boleh menyebabkan kulit wajah menjadi bercapuk atau kelabu. Malu weyh nak angkat muka!

Dengan lambakan jenama foundation di pasaran, korang mesti kadang-kadang confused kan nak buat pilihan? Tak perlu risau sebab kali ni kami nak bagi honest review tentang Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation. Korang yang suka bersolek tu WAJIB baca sampai habis!

Maybelline Fit Me Matte and Poreless Liquid Foundation tampil dengan 25 jenis shade!

Kalau korang suka beli make up, korang akan tau betapa susahnya nak jumpa shade foundation yang sesuai untuk semua jenis warna kulit kat Malaysia. Memandangkan negara ni majmuk dengan pelbagai kaum, jadi setiap individu ada shade mereka yang tersendiri.

Selalunya jenama kecantikan hanya mengeluarkan shade yang terhad dan kalau nak shade yang betul-betul ngam, kena campurkan 2 shade yang berbeza.

Memahami masalah yang selalu dihadapi oleh kaum Hawa ni, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation telah tampil dengan 25 jenis shade yang berbeza tau! Mustahil la dalam banyak-banyak tu takde shade yang sesuai dengan warna kulit korang!

Foundation jenis cecair, Senangla nak apply!

Foundation ni ada macam-macam jenis tau, ada yang jenis liquid, stick, cream dan juga mousse. Bergantung kepada korang mana yang korang rasa senang nak apply pada wajah korang.

Untuk hasil solekan akhir yang cantik, kami amat cadangkan korang menggunakan foundation daripada jenis liquid sebabnya, foundation jenis ni lebih mudah untuk meresap pada kulit dan lebih mudah untuk diapply. Takdelah korang sampai nak kena tonyoh-tonyoh foundation untuk diratakan pada seluruh kulit wajah. Oh ya, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ni dari jenis liquid tau!

Matte dan “poreless

Kalau bersolek korang mesti nak solekan korang tahan lama kan? Lebih-lebih lagi time korang keluar dating atau ada majlis penting. Takkanlah nak pakai foundation yang tak tahan lama pada wajah, habislah make up korang bila kena cahaya matahari, berpeluh sikit nanti terus hilang.

Dengan Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation, korang tak perlu risau lagi semua ni sebabnya ia memberikan hasil matte yang kekal sepanjang hari tau!

Selain tu juga, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation berikan korang hasil akhir yang sangat cantik kerana mampu melindungi pori-pori terbuka pada wajah dan menyembunyikan parut di wajah korang. Barulah korang yakin je nak berhadapan dengan orang ramai. Betul tak?

Ringan dan rasa selesa je pada wajah..

Kalau mengenakan foundation, jujur admin sangat tak suka menggunakan foundation yang tebal pada wajah dan menyebabkan kulit terasa berat dan tak bebas.

Tapi Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ternyata berbeza, tak perlu guna tebal-tebal pun, foundation ni dapat menyembunyikan cela pada wajah. Tapi yang paling best mestilah teksturnya yang ringan, sekaligus memberikan rasa selesa pada wajah walaupun digunakan sepanjang hari.

Sesuai untuk semua jenis kulit wajah!

Tak semua dalam kalangan kita ada jenis kulit yang sama, ada yang kulit normal dan ada juga jenis yang berminyak. Bila nak beli foundation ni, bukan setakat kena tau tekstur foundation je, tapi yang paling penting mestilah nak kena  tau foundation tu sesuai tak dengan jenis kulit korang.

Min berani jamin, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation confirm akan buat korang puas hati sebab ia sesuai untuk kulit normal dan juga kulit berminyak. Kalau korang pakai sepanjang hari pun, foundation ni akan kekal pada kulit sehinggalah dibersihkan.

Jom dapatkan Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation hari ini juga!

Penat nak citer banyak-banyak tentang Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ni sebab korang memang kena cuba sendiri untuk lihat keberkesanannya pada kulit korang bila apply make up.

Tak tau nak dapat kat mana? Pergi je ke kedai farmasi berhampiran korang dan pilih sendiri shade mana yang paling fit dengan korang. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang produk Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation atau rangkaian produk lain yang dikeluarkan oleh Maybelline korang boleh tekan terus je kat link ni.

The following two tabs change content below.