berita

5 Sebab Kenapa Running Man Sangat Addictive

October 20th, 2014 | by Ai
Kini Trending

RM52-00005

1. Momen paling kelakar

Kalau tengok Running Man, episode yang paling kelakar bagi kami adalah episode 52 Running Man Hunter dan episode 69 Grasshopper Hunt. Perghh, memang terbaiklah!

Mana taknya, dalam episod ini, Choi Min Soo menjadi jemputan untuk RM dan ditugaskan untuk membunuh kesemua peserta. Haa, kelam kabut semua.

Paling best, tengok sparta Jong Kook yang dengan rela disingkirkan walaupun sebelum ini, dia lah yang selalu menyingkir orang lain.

Gary_jihyo_kiss2

2. Babak romantis paling natural

Ni paling tak boleh blah sekali. Babak paling romantis tapi mencuit hati. Ingat lagi tak RM episod 163? Masa ni peminat Gary mesti rasa jantung macam nak berhenti kan?

Mana taknya, Gary cium Ji Hyo tau. Semua peserta RM tak boleh terima saat-saat tu. Tapi nak hairan kenapa pula kan, Gary dan Ji Hyo kan Monday Couple. Lagi pun memang banyak sebenarnya momen romantis antara mereka berdua ni.

RM204-00077

3. Song Ji Hyo – Gadis blur yang super awesome!

Satu-satunya wanita dalam RM ni. Paling blur dan cool serta awesome. Selalu jugak menang cabaran tau! Tapi kadang-kadang, kalau datang jahat diam, boleh menjadi pembuli nombor satu.

4. Kwang Soo dan perangainya yang sengal

Kalau korang nak tahu, Kwang Soo ini boleh dikatakan macam duri dalam daging. Amboi, serius sangat bunyinya kan?

Sebenarnya, dia ini lah yang selalu menghancurkan harapan dan rancangan orang lain. Tapi paling kelakar, Kwang Soo ni dia paling tak pandai cover line. Apabila jadi pengintip je mesti orang dapat syak. 

running man

5. Setiap kali live, penonton jadi gila!

RM ini boleh juga dianggap sebagai penyatuan masyarakat berbilang bangsa. Kalau korang tak percaya, tengok lah sendiri sambutan RM di setiap persembahan live yang mereka adakan.

Tak kira dimana pun, mesti mendapat sambutan beribu-ribu peminat. Di Thailand ke, Hong Kong ke, Malaysia tak usah cakaplah. Memang berlambak-lambak K-Popers yang tunggu kedatangan mereka ni.

Iya lah, peserta RM semuanya spontan, tak ada cover-cover okay! Ada pelbagai muslihat, kejutan dan aktiviti mengarut yang ditonjolkan dalam setiap episod. Sebab itu lah semua sayang bintang RM ni.

10696377_824907164215667_7890211995176655023_n

Jadi anda tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri idola RM yang bakal datang ke Malaysia untuk bertemu dengan para peminat pada 1 November 2014

Tak ada tiket? Jangan risau. Anda masih ada peluang untuk mendapatkan 25×2 keping tiket termasuk sepasang tiket VIP khas untuk pemenang yang bertuah untuk menyaksikan “Running Man Race Start Season 2 Fan Meeting”.

1488098_860685447277677_1797758289272606726_n-630x233

Caranya mudah je, beli satu (1) Red Bull dari Guardian, Watson atau di kedai yang berdekatan, kemudian ambil foto selfie paling stylo dan energetic (jangan lupa letak kapsyen menarik) dan muat naik foto tersebut di laman Facebook Red Bull Malaysia.

Kemudian, anda hanya perlu menunggu seberapa banyak undian yang anda terima melalui rakan-rakan. Jadi tunggu apa lagi, jom lah join contest ni.

Ouh, sebelum terlupa, peraduan ini dibuka daripada 22 September sehingga 22 Oktober 2014. Jangan lambat, takut terlepas pula. Nak info lanjut? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×