berita

5 Sebab Kenapa Selebriti Malaysia Suka Shopping Di Singapura

December 22nd, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

The-Singapore-Merlion

Sebut sahaja pasal shopping, pasti membuatkan ramai wanita tersenyum lebar. Malah, rasanya kaum Adam pun dah makin berjangkit dengan fenomena ini.

Tapi, mesti ada antara anda semua yang pelik kenapa selebriti terkemuka tanah air lebih gemar untuk membeli-belah di negara jiran kita, Singapura sedangkan di Malaysia pun banyak ‘shopping mall’ yang tak kurang gahnya.

1. Banyak hot spot

Screen Shot 2014-12-04 at 1.26.30 PM

Buat penggemar fesyen, sudah pasti mereka akan melangkahkan kaki ke Orchard Road. Di sinilah berkumpulnya pelbagai butik barangan berjenama seperti Tangs, Isetan, The Heeren, Paragon, Ngee Ann City dan macam-macam lagi.

Daripada baju sehinggalah peralatan rumah, anda sebutkan sahaja, semua ada tau! Jadi sangat sesuailah untuk selebriti yang sudah pastinya mahu menggunakan barangan high end kan?

Sumber: 21 Tempat Shopping di Orchard Road Wisata Singapura

Screen Shot 2014-12-04 at 1.35.03 PM

2. Pilihan produk yang macam-macam

Screen Shot 2014-12-04 at 1.37.48 PM

Tidak mahu shopping di Orchard Road? Anda juga boleh mengunjungi 5 syurga membeli-belah ini iaitu Scape, Mustafa Centre, Lucky Plaza, Bugis Street dan juga Sungei Road Thieve’s Market.

Khabarnya di sini anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang agak murah berbanding Orchard Road. Tapi, kena pandai ‘bargain‘ lah ye!

Sumber: 5 Tempat Belanja Murah Di Singapura

3. Katanya harga di sana lebih murah

lana nordin

Lagi banyak diskaun, lagi banyak boleh beli dan lagi lebarlah senyuman shoppaholic semua kan. Apatahlagi, bulan Disember ini ada sale untuk boxing day! Boleh gila dibuatnya!

Siapa yang tak suka apabila dapat diskaun separuh harga kan? Heaven! Jadi bagi selebriti yang mahu bergaya setiap masa, sudah tentu mereka akan serbu kota singa itu.

4. Sambil shopping boleh melancong

Screen Shot 2014-12-04 at 1.48.07 PM

Sambil menyelam minum air. Sesekali mesti kita mahu melawat tempat-tempat menarik di negara orang kan. Jadi, di Singapura kita bukan sahaja boleh shopping sakan, tapi meluangkan masa bercuti dengan yang tersayang.

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi sudah tentunya taman tema terkemuka, Universal Studio Singapura. Kami rasa berbaloi untuk membayar harga tiket yang dikira agak mahal dengan kepuasan bermain pelbagai permainan di sana.

almy nadia

5. Lari sebentar daripada dikejar media Malaysia. Hehe.

hanez suraya

Selebriti pun kadang-kala memerlukan privacy. Kalau shopping di pusat membeli-belah di Malaysia, sudah pasti akan dikenali ramai.

Malah, setiap pergerakan mereka juga diawasi oleh mata-mata media Malaysia. Jadi, rasanya Singapura merupakan tempat yang paling tempat untuk mereka melarikan diri buat seketika. Tak gitu?

editdah

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×