berita

5 Spesifikasi Tak Dijangka Pada Keluaran Sony Xperia 10 II Terkini Yang Baru Sampai Malaysia

July 30th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

“Aduh smartphone kena air la pulak!”

Biasa berdepan dengan situasi ni? Dah la cuaca tak menentu. Smartphone pulak asyik melekat kat tangan. Kalau hujan gerimis pun tak perasan yang smartphone dah habis lencun. Kan bagus kalau ada peranti pintar yang kalis air.

Eh, siapa kata takde. SONY dah keluarkan smartphone terbaru mereka pada bulan Februari 2020 iaitu Xperia 10 II. Ia telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada bulan Julai 2020. Paling menarik, Xperia 10 II mempunyai spesifikasi yang memang korang idamkan.

Kalis air & debu, guna waktu hujan pun takde hal

Korang pastinya risau phone rosak bila terpaksa meredah dalam hujan lebat. Tapi, dengan SONY Xperia 10 II korang dah tak perlu risau kerana ia dilengkapi Corning® Gorilla® Glass 6 di bahagian depan dan belakang.

Jadi, ia mempunyai ketahanan dan perlindungan yang sangat baik kalau nak dibandingkan dengan peranti pintar yang lain. Ia juga mempunyai penilaian IP65/68 yang bermaksud kalis terhadap air dan habuk. Power beb!

Memiliki skrin OLED 6″ dengan ratio 21:9

Kami yakin korang akan berpuas hati dengan SONY Xperia 10 II kerana ianya dilengkapi skrin OLED 6″ dengan nisbah 21:9. Korang nak tengok movie, drama, malah main game pun puas sebab skrinnya besar.

Dengan fungsi multi-window pada skrin lebar 21:9, korang boleh pisahkan skrin dan menggunakan aplikasi berbeza. Senang cerita, smartphone SONY keluaran terbaru kali ni boleh buat multi-tasking. Senang nak tengok Youtube sambil Whatsapp dengan member!

Dilengkapi 3 kamera, gambar cantik tak kira siang atau malam!

Buat yang suka bergambar, korang mesti teruja dengan SONY Xperia 10 II kerana ia dilengkapi dengan tiga kamera lensa. SONY Xperia 10 II juga menampilkan ultra wide-angle, wide-angle dan telefoto dengan zoom optik 2 kali ganda. Selfie pun cantik wei!

SONY Xperia 10 II juga boleh merakam video 4K Full HD dengan penstabilan SteadyShot. Video korang akan nampak lebih terperinci dan tak kisahlah kalau ada pergerakan sekalipun, video tetap lawa. Selain itu, ia juga mampu menyokong video slow motion 120fps tau.

Rekaan yang sleek, bergaya & ringan!

Kalau tengok design dia, memang onz gila. SONY Xperia 10 II mempunyai rekaan yang sleek dan sangat stylo. Ia sangat sesuai digunakan oleh semua golongan kerana beratnya hanya 151g. Ringan dan selesa gila kalau pakai.

Bateri tahan lama dengan teknologi pengecasan canggih. Confirm takkan overcharging!

Spesifikasi ni paling penting. Kalau tahan air dan debu tapi bateri tak tahan lama pun tak guna juga. Haa, tapi SONY Xperia 10 II mempunyai bateri berkapasiti 3.600mAh yang sememangnya tahan lama. Nak guna sepanjang hari? No problem!

Teknologi pengecasan SONY Xperia 10 II juga lebih canggih kerana ia mampu mengelakkan risiko overcharging. Ia juga didatangkan dengan pilihan Fast Charger UCH32C. Sekejap je bateri korang akan full!

SONY Xperia 10 II, peranti terbaik yang bakal jadi kegilaan ramai!

Hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Mint, Black, Blue dan White, SONY Xperia 10 II pasti bakal buat korang rambang mata nak memilih sebab semuanya cantik.

Harganya juga berpatutan, tak sampai RM2k pun! Harga rasmi untuk SONY Xperia 10 II di Malaysia ialah:

4GB RAM + 128GB storage – RM1,799

Korang boleh dapatkan SONY Xperia 10 II di Sony Stores dalam KLCC dan The Curve. Selain tu, korang juga boleh dapatkannya di Sony Store Online, Sony Flagship Store di Lazada dan pengedar mereka yang sah.

Nak tahu lebih lanjut tentang SONY Xperia 10 II? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×