berita

5 Tabiat Buruk Di Rumah Sebenarnya Buat Rambut Banyak Gugur, Serik Nak Buat Lagi!

June 23rd, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Semua orang kena jaga kesihatan rambut, tak kira lelaki atau wanita. Maklumlah setiap orang anggap rambut ni ibarat mahkota. Kena la jaga elok-elok. Kalau tak, kena berdepan dengan masalah rambut pulak. Salah satunya, rambut gugur teruk!

Stress betul setiap kali sikat rambut, banyak je rambut yang gugur setiap hari. Ramai tak perasan, sebenarnya korang ada buat tabiat buruk di rumah yang mengakibatkan rambut banyak gugur. Lepas tahu ni, mesti korang serik nak buat lagi.

Sikat rambut semasa rambut masih basah

Rambut masih basah, tapi terus sikat rambut. Tak boleh macam tu. Ketika rambut basah, liang-liang roma pada kulit kepala terbuka. Apabila korang sikat, rambut korang akan mudah gugur. Lepas ni lap rambut korang sampai kering, baru sikat ya.

Kerap buat perms, rebonding dan warnakan rambut

Wanita yang pentingkan penampilan mesti la nak gaya rambut menarik. Buat perms, rebonding, warnakan rambut dan banyak lagi la. Korang pun mesti pernah buat kan? Tapi jangan buat kerap sangat tau. Takut rambut makin rosak nanti.

Selalu keringkan rambut dengan pengering rambut

Jangan pakai pengering rambut terlalu kerap. Ia keluarkan angin panas dan boleh buat rambut jadi kering dan rosak. Rambut yang selalu terdedah dengan suhu panas akan jadi kering, rapuh, dan menipis. Lama-kelamaan, hujung rambut akan mula bercabang.

Ikat rambut dengan ketat

Ada yang ikat rambut dengan ketat supaya tiada helaian rambut terlepas. Memang selesa tapi tabiat ni boleh timbulkan masalah. Rambut akan berada dalam posisi tertarik sehingga boleh meregang. Nanti rambut jadi rapuh dan mudah gugur. Beri la ruang untuk rambut bernafas ya.

Guna tuala untuk keringkan rambut dengan kasar.

Korang yang nak guna tuala untuk keringkan rambut, pastikan guna tuala jenis microfiber. Lepas tu, jangan gosok rambut dengan kasar untuk keringkan rambut. Kalau buat macam tu, rambut boleh cenderung untuk jadi kerinting. Kemungkinan untuk gugur pun tinggi.

Tu la antara tabiat buruk di rumah yang buat rambut banyak gugur. Kadang-kadang tak perasan semua tabiat ni kita selalu buat setiap hari. Tapi rambut dah banyak gugur ni. Macam mana nak atasi? Guna la Dove Micellar Hair Boost Nourishment!

Dove ada syampu baru dengan Calcium Micellar, pertama di pasaran!

Syampu baru ke ni? Ya! Syampu ni baru je ditambah dalam rangkaian Dove Micellar. Mesti korang terkejut kan?

Kalau korang nak tahu, ni la syampu pertama Dove dengan Calcium Micellar. Lagi surprise, ni syampu Calcium Micellar pertama dalam pasaran tau.

Dua bahan yang terkandung dalam syampu ni iaitu Calcium dan Micellar sangat penting dalam menguatkan akar rambut korang. Jadi, rambut korang kurang la gugur nanti.

Paling best, syampu ni ada formulasi lembut dan ringan. Memang syok lepas guna syampu ni. Rambut terasa ringan je.

Boleh cari di Guardian yang terdekat mulai hari ni!

Nak cari kat mana ya Dove Micellar Hair Boost Nourishment ni? Ala, senang je. Korang boleh dapatkan syampu ni di mana-mana cawangan Guardian yang berdekatan. Lagi senang, korang beli je secara online.

Haa.. Nak dapatkan Dove Micellar Hair Boost Nourishment tu, jangan lupa pulak keluarga korang di rumah. Mana la tahu mereka nak jugak syampu ni kan. Boleh la belikan untuk mereka punya sekali. Yay!

Duduk rumah pun rambut tetap kena jaga elok-elok. Maklum la rambut ni kan mahkota wanita. Jangan lupa rekomen Dove Micellar Hair Boost Nourishment pada keluarga dan kawan-kawan korang!

SKIP THIS AD ×