
LAMI Coffee bukan sekadar kedai kopi biasa di Seri Manjung, Perak. Sejak 5 tahun lalu, mereka sudah mula beroperasi secara kecil-kecilan sebagai ‘kopi jalanan’ namun berjaya menarik perhatian pelanggan dengan rasa kopi yang berkualiti serta inovasi menu yang tidak henti dikembangkan.
Perjalanan dan Cabaran di Sebalik LAMI Coffee
Di sebalik kejayaan LAMI Coffee, terdapat dua individu utama yang menjadi tulang belakang jenama ini iaitu Haziq, barista dan pengasas, serta Fariz, sebahagian daripada pasukan yang membantu menggerakkan operasi harian.
Pada mulanya, LAMI Coffee mempunyai beberapa pekerja yang membantu perniagaan berjalan lancar. Namun, apabila pekerja-pekerja tersebut memilih untuk mengejar masa depan masing-masing, Haziq memilih untuk tidak memaksa mereka kekal. Ini menyebabkan beliau terpaksa menguruskan perniagaan sendirian dalam keadaan yang mencabar.
Lebih mencabar lagi, selepas bertahun-tahun berniaga di satu lokasi, Haziq terpaksa berpindah tapak demi menjaga keluarga, walaupun sedih meninggalkan tempat yang sudah lama menjadi ‘rumah’ LAMI Coffee. Namun begitu, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan perniagaan.

Apa yang buat LAMI Coffee benar-benar menonjol adalah pendekatan mereka yang sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan menu kopi baharu yang menarik dan unik.
Contohnya, Cendol Latte — satu gabungan rasa tempatan dan teknik barista yang berjaya mencuri hati pelanggan. Menu seasonal ini bukan sahaja memberi kelainan, malah memperkukuh identiti LAMI Coffee sebagai jenama yang kreatif dan berani cuba sesuatu yang baharu.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai pilihan minuman seperti Americano, Iced Caramel Latte, Matcha Latte, Caramel Macchiato, Cloudy Butterscotch dan banyak lagi seasonal drinks yang diperkenalkan dari semasa ke semasa. Kepelbagaian ini membolehkan pelanggan memilih mengikut cita rasa masing-masing, sama ada sukakan kopi pekat atau yang manis dan creamy.
Harapan Untuk Masa Depan
Walaupun kini berniaga secara kecil-kecilan, impian utama Haziq dan Fariz serta team LAMI Coffee adalah untuk membuka sebuah kedai kopi fizikal sendiri. Dengan kedai sendiri, mereka boleh menyediakan lebih banyak pilihan menu, ruang untuk pelanggan berinteraksi, dan memperkukuh jenama LAMI Coffee sebagai antara pilihan utama di Seri Manjung.
Perkhidmatan Tempahan Untuk Acara Khas

Selain pelanggan walk-in, LAMI Coffee turut menerima tempahan khas untuk majlis perkahwinan dan pelbagai event. Ini membolehkan mereka membawa pengalaman kopi istimewa mereka ke majlis anda, sekaligus menambah seri dan kenangan yang manis.
Dengan harga yang berpatutan dan servis yang profesional, LAMI Coffee menjadi pilihan tepat bagi sesiapa yang mahukan kopi berkualiti di acara penting.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan, boleh layari Instagram dan TikTok LAMI Coffee.
Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.








