berita

5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Akhirnya Elizad Nekad Jalani IVF Selepas Kehilangan Sebelah Ovari

February 17th, 2020 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Sudah masuk lima tahun pelakon Elizad Sharifuddin dan suami melayari bahtera rumah tangga namun, pasangan ini belum lagi dikuarniakan cahaya mata. Akhirnya, pelakon Isteriku Bukan Tukang Masak ini mengambil keputusan untuk menjalani In Vitro Fertilisation (IVF) bagi usaha mendapatkan zuriat.

Dalam proses IVF

View this post on Instagram

Salam & Selamat pagi kesayanganku semua . I would like to share my journey with all of you . Sekarang saya dlm proses IVF . Day 1 consultation session . Exited , nervous , happy , semua ada . Thank U utk korang yg tak henti2 doa , komen , Dm , wassap sampai hari ni , sgt2 saya hargai 🙏🏻 . Im so touched . Most of the comments ckp “ mental kena kuat masa lalui proses IVF ni “ . Kita manusia biasa & of course letak harapan yg tinggi . But doakan ya . And honestly, mana2 yg senasib seperti saya , pls come forward and berjumpa Doctor , coz we never know , doa , usaha , tawakal . Btw terima kasih Dr Azlin , Dr Michelle , Dr Siti , Dr Salleha & the rest of the team . Very friendly & supportive ❤️ . To those yg nak cuba rawatan IVF boleh sama2 disini @sophea_fertility 0376228622 P/s : Doctor pesan suruh happy2 & positive selalu ! #elizadivfjourney #ivf 🥰

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Elizad menerusi Instagram peribadinya berkongsi momen hari pertama menghadiri sesi pemeriksaan sebelum menjalani proses IVF itu. Ramai peminat juga mendoakan agar pelakon ini dipermudahkan urusan demi menjalani ujian itu. Malah, ada segelintir peminat turut menasihati agar kuat mental sepanjang menjalani ujian ini.

Hanya tinggal sebelah ovari saja

Pelakon ini turut berkongsi perkembangan kesihatannya di IG Story. Dia telah kehilangan sebelah ovari semasa pembedahan pertama cyst.

Saya kehilangan sebelah ovari semasa pembedahan pertama cyst dahulu. Hanya tinggal sebelah sahaja. Moga-moga adalah rezeki buat kami Ya Allah.

Sumber: Elizad Sharifuddin