berita

5 Tahun Sukar Bernafas Sangka Anak Hidap Asma, Rupanya Mainan Plastik Tersekat Dalam Tekak

August 17th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berasal dari Adelaide, Australia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan mainan plastik yang tersekat di dalam tekaknya selepas lima tahun mengalami batuk serta kesukaran untuk bernafas.

Rupanya tersekat mainan plastik

Difahamkan, kanak-kanak berusia lapan tahun itu sebelum ini telah didiagnos dengan penyakit asma serta alahan, namun sejak Disember lalu batuk yang dialami olehnya itu semakin serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor pakar bedah menemui mainan yang tersekat di tekaknya. Apabila ditanya sama ada dia menyedari atau tidak mengenai ‘kewujudan’ mainan itu, kanak-kanak berkenaan mengatakan bahawa dia tidak merasakan apa-apa.

Walau bagaimanapun,  si ibu memaklumkan anaknya mengalami batuk ketika sedang makan dan lama-kelamaan dia akan batuk selama beberapa jam. Malah, kanak-kanak itu tidak dapat bermain bola keranjang dan bola sepak dengan baik kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Setelah doktor menemui punca sebenar, wanita berkenaan pada mulanya agak terkejut, namun berasa lega.

Sejujurnya saya sangat terkejut tapi lega kerana selepas bertahun-tahun akhirnya saya dah dapat jawapan.

Kebimbangan utama saya pada ketika itu adalah jika dia sebenarnya dilahirkan dalam keadaan seperti itu.

Sumber : Daily Mail 

SKIP THIS AD ×