berita

5 Tahun Tanpa Jemu Tagih Cinta, Wanita Melutut Sambil Merayu Lelaki Ini Supaya Berputus Asa

November 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita di China sanggup melutut di khalayak ramai merayu kepada ‘peminat’ yang melamarnya untuk berputus asa daripada terus mengejarnya selama lima tahun!

Merayu supaya lelaki itu berputus asa

Menerusi laporan Mothership, wanita berkenaan dilihat melutut di atas jalan dan ‘peminatnya’ turut berada dalam posisi yang sama. Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu seperti ‘sujud’ ketika berhadapan dengan lelaki terbabit untuk memastikan rayuannya diterima.

Dalam pada itu, turut kelihatan sejambak bunga berada di sebelah lelaki berkenaan selepas wanita terbabit mencampakkan bunga itu kembali kepada lelaki tersebut. Seorang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa bahawa lelaki itu telah mengejar wanita berkenaan selama lima tahun dan sehingga kini dia tidak berubah hati serta masih mencintai wanita yang sama.

Meskipun, wanita tersebut telah berkali-kali menolak lamaran daripada lelaki berkenaan, namun dia tidak mengambil peduli dan terus mengejarnya sehingga dapat.

Susulan daripada itu, wanita berkenaan dikatakan menjerit supaya lelaki tersebut melepaskannya dan merayu agar lelaki itu berputus asa.

Tolong lepaskan saya!

Sumber : Mothership 

SKIP THIS AD ×