berita

5 Trend Baru Dalam Servis Penghantaran Makanan Buat Ramai Selesa Duduk Di Rumah

March 26th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Servis penghantaran makanan kini menjadi permintaan ramai. Ramai yang memilih untuk menggunakan servis penghantaran makanan kerana sibuk bekerja dari rumah. Korang pun mesti tak terkecuali kan?

Maklumlah nak jimat masa dan tenaga. Lagipun, servis penghantaran makanan sekarang dah semakin moden. Ramai yang lagi selesa duduk rumah dengan trend baru dalam servis penghantaran makanan ni.

Tambahan pelbagai kafe minuman, manisan, bakeri, gerai & sebagainya

Pilihan kedai yang ada dalam servis penghantaran makanan sebelum ni cuma restoran je. Sekarang dah best, siap ada tambahan kafe minuman yang sedap. Kafe pencuci mulut seperti aiskrim dan kek atau roti dari bakeri pun berlambak.

Lagi satu, bukan kafe je yang guna servis penghantaran makanan ni. Sekarang gerai-gerai kecil pun guna servis tu. Nak pesan dari rumah pun mudah.

Pembayaran tanpa tunai secara dalam talian

Kredit: EY

Sebelum ni, kebanyakan servis kena bayar secara tunai semasa penghantaran (cash on delivery). Bayangkan kalau rider takde duit baki yang kecil. Susah kan?

Tapi servis penghantaran makanan sekarang dah ada sistem pembayaran tanpa tunai. Dalam musim wabak ni, kita memang digalakkan untuk cashless dan contactless demi tujuan keselamatan. Lagi senang bayar online je!

Fungsi contactless delivery yang selamat

Kredit: CDC

Dalam keadaan semasa, mesti korang sebolehnya tak nak ada kontak rapat dengan sesiapa. Haa, sebab itulah servis penghantaran makanan sekarang siap ada fungsi contactless delivery. Korang boleh mintak rider tinggalkan makanan depan rumah je!

Nikmati diskaun kalau pickup sendiri

Fungsi pickup ni berbaloi korang dalam perjalanan balik dan nak makan di rumah tanpa perlu memasak. Katakan kedai yang korang pilih dalam servis penghantaran makanan tu berdekatan dengan rumah, boleh je korang singgah ambil makanan sendiri. Siap dapat diskaun tau!

Rider belikan barang dapur untuk korang

Trend ni paling ramai suka terutamanya korang yang ada anak kecil. Kalau sebelum ni hanya servis menghantar makanan, tapi trend terbaru ini juga menawarkan servis membeli barang keperluan dapur.

Memang ngam sangat untuk korang yang tak nak ambil risiko ke tempat awam seperti pasar raya. Korang hanya perlu pesan dan keperluan rumah akan dihantar terus ke depan pintu kediaman.

Servis penghantaran makanan dengan trend terbaru dari foodpanda!

Kredit: Daily Tribune

Apakah servis penghantaran makanan yang ada semua trend baru ni? Semestinya foodpanda! Selain perkhidmatan Delivery, foodpanda juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Pick-Up, Shops dan pandamart untuk korang.

Kredit: The Smart Local

Bukan setakat hantar makanan, foodpanda boleh tolong belikan barang keperluan dan berbelanja secara runcit untuk korang dengan bayaran penghantaran terbaik. Tak payah keluar rumah beli barang di pasar raya lepas ni.

Tambahan pula, kod popular di foodpanda iaitu EATWITHJOY boleh digunakan sekarang sehingga 6 April 2021. Dengan kod ni, korang boleh menikmati diskaun 32%* untuk semua restoran yang ada dalam foodpanda. Syoknya!

*tertakluk pada terma dan syarat

Saksikan rancangan terbaru, Famili Duo, dibawakan khas oleh foodpanda!

Bermula 14 Februari 2021, satu rancangan terbaru iaitu Famili Duo mula bersiaran setiap hari Ahad, pada jam 9 malam di TV3. Menampilkan peserta secara duo, ia merupakan satu-satunya program realiti nyanyian famili berbahasa Melayu pertama di Malaysia!

Peserta secara duo (berdua) akan menyanyi lagu-lagu ‘Sing-Along-Song‘ karaoke dan mempertandingkan lagu rakaman secara muzik video yang akan dijurikan secara profesional dan atas talian.

Peserta juga akan membuat persembahan pentas secara langsung di hadapan penonton di rumah dan penonton secara maya.

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad dan dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Paling istimewa, foodpanda merupakan penaja utama rancangan ni. Jadi, jangan lupa saksikan kemunculan foodpanda, keriangan melalui pesanan dalam setiap episod!

Kredit: Retail in Asia

Mudahnya berbelanja barang keperluan tanpa keluar rumah. Nak pesan aneka makanan dan minuman dari rumah pun boleh. Lebih selamat pesan dengan foodpanda je. Jom gunakan foodpanda bermula hari ini!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik sini ya.

SKIP THIS AD ×