berita

50% Tiket Sudah Terjual, Kangen Band Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada September Ini

June 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Band popular dari Indonesia iaitu Kangen Band bakal menjayakan konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp, Kuala Lumpur pada 2 September hadapan.

Tak sabar gegarkan pentas Malaysia

Kumpulan Kangen Band yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini dianggotai oleh Andika (Vokal), Dodhy (gitaris), Tama (gitaris), Bebe (bass) dan Izzy (keyboard) meluahkan rasa syukur akhirnya mereka diberi peluang untuk beraksi dan menemui peminat di Malaysia.

Menurut pemain gitar, Dodhy atau nama sebenarnya Dodi Hardiyanto, berada di pentas Malaysia merupakan satu penghormatan bagi Kangen Band malah ianya sekaligus menaikkan lagi semangat mereka untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti untuk para peminat.

Alhamdulillah, datang ke sini (Malaysia) saja adalah satu kebanggaan, ini merupakan negara terhormat. Kami tak boleh gambarkan kebahagiaan kami semasa sampai di sini, lagi-lagi bakal berada di pentas yang sangat istimewa.

Penganjur, Purosangue Entertainment, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.

Suka juga untuk saya kongsikan yang mana bersempena sidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan hari ini, kita akan menjual ‘early bird’ tiket, yang mana kita akan jual pada harga RM200 sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiket ni boleh dibeli dekat website kami.

Difahamkan, Kangen Band bakal menyanyikan 12 buah lagu yang dicampur menerusi pelbagai judul album pada konsert yang akan diadakan nanti seperti Bersamaku, Kehilangan Berat Bagiku, Cinta Sampai Mati, Kembali Pulang dan banyak lagi.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold). Pembelian awal atau ‘early bird’ pula RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini.

Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.purosangue.live .

SKIP THIS AD ×