berita

6 Bakat YouTube Ini Mampu Buat Mata Korang Melekat Pada Skrin Telefon. Serius Best!

July 30th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Weyh, kau ada follow tak Maria kat Youtube. Suara dia boleh tahan sedap, kenapalah dia tak jadi artis?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada bulan Mac lalu telah menyebabkan penggunaan internet meningkat dengan mendadak. Mana tak meningkat kalau dah seharian duduk di rumah je.

Jadi tak hairanlah kalau rakyat Malaysia mula menjadikan internet sebagai aktiviti bagi mengisi lapang. Ada yang menonton video masakan, dekorasi rumah dan tak kurang juga yang memuat naik video bakat diri yang terpendam. Meh kami nak share 6 bakat YouTube yang kami yakin mampu pergi jauh!

1.The Beatbox Princess

Baru berusia 12 tahun,  Zipporah yang berasal daripada Filipina ini sentiasa menghiburkan 500 ribu pengikut salurannya di YouTube Beatbox Princess dengan bakat nyanyian, bermain alat muzik dan paling mengagumkan ialah melakukan beat box. Memang hebatlah!

Dia juga banyak memuat naik video bersama ayahnya yang juga seorang pemuzik. Korang gerenti akan terpegun tengok bakat diorang berdua ni.

2. Shahida Supian

Mula memuat naik video cover nyanyian di YouTube secara suka-suka, nama Shahida Supian melonjak naik apabila dia memuat naik video rakamannya menyanyikan lagu Despacito dalam bahasa Sepanyol pada 3 tahun yang lepas.

Video nyanyiannya itu telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan dan ramai yang memuji kefasihan sebutannya. Sehingga hari ni, saluran YouTube shahida supian sudah pun memiliki lebih 456 ribu pengikut.

3. Faez Zain

Aktif memuat naik video nyanyiannya sejak setahun yang lalu, kemerduan suara penyanyi ini telah berjaya meraih 19.5 ribu pengikut di saluran YouTube Faez Zein.

Bakatnya juga telah berjaya menarik perhatian syarikat rakaman terkemuka FMC Music, untuk menjadikan dia sebagai salah seorang artis naungan. Powerlah!

4. Danial Chuer

Mungkin korang rasa pernah nampak jejaka ni. Baru berusia 19 tahun, bakat nyanyian Daniel Chuer bukanlah satu rahsia lagi. Pernah menyertai program realiti kanak-kanak Idola Kecil, penampilannya pada program I Can See Your Voice 2 baru-baru ini, telah berjaya menunjukkan kematangan vokal yang dimiliki.
Korang tonton sendiri kemantapan vokal Danial Chuer di saluran YouTubenya yang sudah mempunyai 19.6 ribu pengikut.

5. Yasmin Aziz

Yazmin Aziz merupakan gadis berdarah campuran Malaysia-Filipina yang memiliki 24.3 ribu pengikut di saluran YouTube. Suaranya yang serak-serak basah pastinya membuatkan korang terbuai dengan video nyanyiannya.

Pernah mengeluarkan sebuah single nyanyian, Yasmin Aziz merupakan bakat besar yang tak boleh dipandang sebelah mata tau.

6. Shafiyyah Raiedzall

Gadis cantik berusia 19 tahun ini merupakan satu lagi bakat YouTube yang korang tak boleh miss. Selain boleh menyanyi, Shafiyyah Raiedzall juga boleh menulis lirik dan mencipta lagu. Saluran YouTubenya, Shafiyyah Raiedzall telah mempunyai 49.9 ribu pengikut walaupun tidak sampai setahun dibuka.

Layan lebih banyak video dengan pelan Celcom XPAX Unlimited Youtube HD!

Kalau korang suka layan YouTube, kini semuanya tanpa had dengan Celcom XPAX Unlimited Youtube HD. Korang hanya perlu melanggan Postpaid XP Lite™ pass M atau L pada harga bermula RM38 je!

Dengan pelan ni, korang boleh juga menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan internet sehingga 16GB pada kelajuan tinggi tau. Bestnya!

Bukan itu je, melalui pelan Postpaid XP Lite™ pass L korang boleh pilih telefon pintar untuk dipadankan dengan pelan korang. Model telefon yang ditawarkan ialah daripada jenama Samsung, Vivo, Oppo dan juga iPhone.

Rebut peluang menang XP Lite™ pass selama setahun!

Kalau korang baru nak beralih ke Postpaid XP Lite™, apa kata korang apply secara dalam talian, korang berpeluang untuk menikmati pelan XP Lite™ pass M atau L selama setahun secara percuma yang menawarkan panggilan dan internet tanpa had. Korang hanya perlu masukkan promo kod “FREEPASS” sebelum membuat pembayaran.

Tapi semua ni untuk masa yang terhad je, bermula 6 Julai sehingga 12 Ogos 2020. Jadi, jangan lepaskan peluang korang untuk nikmati ganjaran ni.

Kekal bersama XP Lite™ & nikmati Ultra Hour Pass™ setiap hari!

Nak lebih banyak ganjaran? Kekal setia dengan pelan XP Lite™ selama 6 bulan dan korang layak untuk menikmati YouTube dan internet tanpa had setiap hari selama sejam dengan Ultra Hour Pass™.

Semua ini dan banyak lagi kalau korang melanggan pelan postpaid XP Lite™ dengan Celcom XPAX. Sebarang maklumat lanjut mengenai pelan terbaru ni korang boleh klik je kat SINI.

SKIP THIS AD ×