berita

6 Gelagat Waktu Berbuka Puasa Bikin Kami Geli Hati. Korang Jangan Tak Mengaku!

May 13th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Bulan Ramadan dah hampir tiba. Korang bersedia tak ni nak berpuasa? Kalau belum, cepat-cepat la persiapkan diri. Jangan nanti asyik letih dan tak bertenaga je. Tapi kan, kalau dalam bulan puasa part mana korang paling suka dan eksaited sekali?

Admin yakin ramai yang akan jawab waktu berbuka! Sebab admin pun sama. Hehe. Waktu berbuka puasa la paling syok. Terutamanya part minum air, nikmatnya tu lain macam. Tapi, time berbuka puasa jugak lah paling banyak gelagat manusia kita boleh tengok. Jom admin share dengan korang 6 ragam paling kerap jumpa waktu nak berbuka puasa.

1.  Ambil semua lauk letak dalam pinggan siap-siap

Ada tak kawan atau adik beradik korang buat perangai macam ni? Lauk baru je siap hidang. Azan pun lambat lagi. Tapi dia dah ambil nasi dan isi semua lauk siap-siap dalam pinggan. Macam risau sangat lauk habis.

2. Baca doa berbuka awal-awal

Walaupun ini agak luar biasa, tapi selalu terjadi tau. Admin tak pasti korang pernah alami atau tak, tapi min pernah jumpa la orang macam ni. Beberapa minit sebelum azan, dia dah baca doa berbuka puasa siap-siap. Sekali bila dengar je bunyi azan berkumandang, dia terus sambar gelas dan minum!

Maaf ya, siapa buat macam ni kat depan admin, admin ketuk kepala. Memang kita digalakkan untuk menyegerakan waktu berbuka puasa, tapi itu tak bermakna belum apa-apa lagi awak dah baca doa berbuka siap-siap. Sebaiknya tunggulah azan dulu, baca doa dan makanlah kurma dipermulaannya. Kan senang-senang dapat bonus pahala sunnah!

3. Air nak kena dua tiga jenis, baru puas hati

Yang satu ini pula jenis kemaruk dengan air. Kalau boleh semua jenis air dekat Bazar Ramadan dia nak beli. Balik rumah bancuh air lain lagi. Selagi atas meja tu tak meriah bewarna warni dengan air. Selagi tu la tak cukup.

Paling geram lepas dah minum dua gelas air, bermulalah babak sumbat air-air yang lain masuk peti sejuk. Esok beli banyak-banyak lagi, sumbat lagi, biar penuh. Membazir tu amalan syaitan tau! Haa.. syaitan mana pulak terlepas bulan-bulan puasa ni. Hehe

4. Susun makanan panjang macam nak masuk Malaysia Book of Records

Ini pun versi kelakar juga tau. Waktu berbuka tu makanan kalau boleh nak susun dari dapur ke ruang tamu. Semua jenis makanan ada kalah Bazar Ramadan. Nasi tomato, nasi ayam, mi kari, bihun sup, murtabak, ayam percik, ayam golek, ikan bakar, laksa dan macam-macam lagi lah. Itu belum masuk kuih lagi weh!

Kalau korang ada kawan atau adik beradik macam ni, elok suruh diorang bawa bertenang ya. Bulan puasa kan ada sebulan. Bahagikan menu tu baik-baik.

5. Jenis paksa orang makan

Orang macam ni ada bagusnya jugak. Tapi jadi annoying bila dia paksa makan lauk yang memang kita tak makan. Normally orang macam ni ala-ala master chef  la suruh orang rasa semua jenis lauk. Selagi tak ambil, selagi tu dia suruh.

Eh! Hang kena rasa lauk ni. Cuba la rasa, tak payah malu-malu.

6. Lepas berbuka, malas nak pergi terawih sebab perut meragam

Haaa… korang makan lagi banyak-banyak tak ingat dunia. Sekejap air sekejap kuih, sekejap nasi, sekejap laksa. Kan perut dah tak selesa. Puncanya sebab ketidakhadaman asid terjadi dalam perut korang tau. Silap-silap perut senak nak bangun dari meja makan pun tak boleh. Then mula la bagi alasan tak nak pergi terawih.

Mak bagi ENO suruh minum dan pergi terawih jugak!

Tapi korang jangan risau atau susah hati, mak-mak biasanya selalu sediakan ENO dekat rumah. Korang pun admin sarankan beli la banyak-banyak buat spare. Tambah-tambah dalam bulan puasa. Stok ENO memang wajib ada. Masalah ketidakhadaman asid boleh settle dengan ENO.

Visual iklan ini telah diluluskan olehMAB. KKLIU 0865/2019

So, kalau korang nampak ada yang dah mula pegang perut dan berkerut-kerut dahi tu. Hulur je ENO macam mak admin selalu buat. Bancuh je dalam air kosong, kemudian minum. Hanya dengan sepaket kecil ENO boleh menyelamatkan korang daripada terpaksa ponteng terawih tau. ENO sangat membantu di saat kecemasan.

Mengurangkan asid dengan segera, kelegaan cepat sepantas 6 saat!

Visual iklan ini telah diluluskan oleh MAB. KKLIU 0572/2019

Kalau korang nak tahu, ENO bertindak dalam 6 saat untuk mengurangkan asid dengan segera. So, tak adalah kena menahan perit derita lama-lama. Lepas minum ENO admin yakin korang dah boleh bersiap-siap untuk pergi terawih dah. Confirm tak pedih lagi.

Lagi pun kan terawih tu salah satu ibadah sunat yang sangat dituntut dalam bulan Ramadan! Fadhilatnya juga banyak, jadi rugi kalau korang tak buat. So, berterima kasihlah kalian dengan ENO!

Haaa… masing-masing tak sabar la tu nak gi cari ENO. Korang boleh dapatkan lebih banyak tips, maklumat dan perkembangan terkini tentang produk ENO  di website ENO Malaysia atau laman facebook rasmi ENO Malaysia.

KKLIU: 1118/2019    CHMY/CHENO/0009/19