berita

6 Hotel Dengan View KLCC Yang Menakjubkan

December 4th, 2018 | by Shafika
Travelogue

Malaysia sememangnya antara negara yang terkenal dengan pelbagai budaya dan kaum. Selain dari budaya, Bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC) juga antara yang terkenal di dunia. Dengan ketinggian 451 meter (1,479.7 kaki) menara telah ditetapkan sebagai salah satu menara berkembar tertinggi di dunia.

Kebanyakan pelancong serata dunia akan mengunjungi KLCC untuk melihat sendiri keindahan seni bina yang terdapat pada bangunan ini. Kami senaraikan 6 hotel yang anda boleh menginap jika ke Kuala Lumpur. Paling penting kesemua hotel ini menjanjikan keindahan KLCC yang menakjubkan.

Mandarin Oriental Hotel

Mandarin Oriental Kuala Lumpur (KL) merupakan antara hotel yang sering mendapat pemintaan tinggi dari ramai pelancong. Perkhidmatan yang disediakan sangat terbaik, jadi tidak hairanlah hotel mendapat rating tinggi daripada tetamu yang menginap disini. Di samping itu, bilik-biliknya turut dilengkapi dengan dok iPod dan pemain DVD untuk hiburan anda. Anda boleh melihat pemandangan Petronas Towers yang indah dari bilik hotel ini dengan jarak yang sangat dekat.

Grand Hyatt Hotel

Hanya terletak hanya 6 minit dari Menara Berkembar Petronas, hotel ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Disini anda boleh memanjakan diri di spa hotel mereka yang cukup mewah. Bukan itu sahaja, kolam renang luar mereka turut cantik dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok yang subur.

Traders Hotel Kuala Lumpur

Hotel ini cukup menarik kerana berbumbungkan permandangan KLCC membuatkan hotel ini berbeza dari yang lain. Selain itu, bilik-bilik yang disediakan turut mempunyai tingkap-tingkap dari lantai ke siling untuk pemandangan optimum. Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan limosin untuk memudahkan perjalanan seharian anda.

Pacific Regency KL

Pacific Regency Hotel Suites menyediakan suite yang selesa dan luas, yang dilengkapi dengan TV satelit 40 inci (~ 102 cm), dapur kecil, dan perabot klasik. Hotel ini juga mempunyai kolam renang atas bumbung yang lengkap dengan bar kolam renang untuk anda santai sambil melihat pemandangan bangunan KLCC.

Golden Triangle Suites MONDO

Golden Triangle Suites MONDO terletak di salah satu bahagian KL yang paling popular. Tempat ini mempunyai dua kolam renang luaran untuk keselesaan tetamu. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan yang popular. Harga semalaman sekitar RM400-RM500 semalaman.

Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC Hotel menawarkan kelajuan Internet yang paling laju di KL. Apa yang menarik disini adalah anda boleh memilih jenis bantal yang anda inginkan dari perkhidmatan menu bantal yang disediakan. Buat pengetahuan anda, hotel ini juga dinobatkan sebagai spa terbaik di Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk manjakan diri anda di Spa Hotel ini yang cukup mewah. Harga semalaman hotel ini dianggarkan dari RM500-RM1200.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×