berita

6 Jam Bonceng Mayat Balik Kampung

September 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kesian nasib yang menimpa seorang mayat wanita berusia 70 tahun, apabila diikat dan diusung menggunakan sebuah motosikal di Thailand. Mayat wanita, itu dijumpai oleh seorang petani sebelum dibawa ke bilik mayat untuk upacara pengkebumian.

Diusung guna motosikal

Foto: The Sun UK

Mayat wanita itu diikat di belakang sebuah motosikal untuk dibawa ke bilik mayat berdekatan. Dipercayai mayat tersebut berusia 70 tahun dan ditemui tercekik oleh seorang petani dalam sebuah pondok simpanan. Wanita tersebut dianggarkan telah mati dalam tempoh 24 jam.

Menurut petani tersebut, wanita itu sedang berusaha mencuri makanan dari pondok simpanan mereka, sebelum terperangkap di bawah papan ketika dia cuba bersembunyi daripada petani itu.  Identiti mayat masih belum dapat dikenal pasti, namun dari segi pemakaiannya dia dipercayai berasal dari kumpulan etnik tempatan iaitu suku Bukit Mlabri. Pondok tempat wanita meninggal itu terletak 50 batu di utara bandar berhampiran puncak gunung.

Ditolong ahli penyelamat

Foto: The Sun UK

Petani tersebut bertindak meminta pertolongan daripada ahli penyelamat untuk mengeluarkan mayat wanita tersebut kerana lokasinya yang jauh dari bandar. Mayat wanita itu ditarik terlebih dahulu dari lantai kayu tersebut sebelum diusung menggunakan motosikal.

Ketika kejadian, mayat wanita itu terpaksa dibawa menggunakan motosikal kerana ketiadaan sebarang kereta untuk membawanya. Mayat wanita tersebut diikat di belakang badan seorang ahli paramedik untuk membawanya turun dari gunung.

Ahli penyelamat tersebut mengambil masa selama enam jam sebelum sampai ke kuil Budha untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan.

Sumber: The Sun UK

SKIP THIS AD ×