Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena nasi kandar dengan teh ais buih lebih macam padu je! Haa, tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi kandar langsung dalam hidup korang.
Come on, nasi kandar antara makanan paling popular di Malaysia kot. Bayangkan nasi putih, kuah bermacam-macam jenis, ayam goreng yang crunchy ditambah pulak dengan papadom. Fuhh padu beb!
Jom kita layan list kedai nasi kandar yang kami rasa paling win kat area Kuala Lumpur ni. So lepas ni agak-agak mengidam nasi kandar boleh la try pergi kedai-kedai kat bawah ni ye? Hehe
1) Restoran Hakim
Siapa yang memang tinggal kat Shah Alam tu mesti tahu tempat ni kan? Nasi kandar kar restoran Hakim ni terbaik beb! Ayam goreng kat restoran tu memang sedap gila! Korang memang kena try makan kat sini. Confirm tak rugi.
Alamat: Jalan Kristal J7/J (Seksyen 7), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
2) Restoran Ibramsha Nasi Kandar
Restoran yang berhampiran dengan Sogo ni memang popular kalau korang nak tahu. Kalau korang datang masa makan tengah hari, alamat nya memang korang kena beratur panjang la..
Nak tahu apa yang special sangat nasi kandar kat sini? Ayam masak kicap dia memang buat korang puas hati!
3) Zainul Nasi Kandar
Restoran ni merupakan antara yang popular di kawasan tuanku Abdul Rahman. Restoran ini dibuka setiap hari dari waktu tengah hari hingga pukul 11 malam dan 1 pagi pada hari jumaat. Cuba korang tengok gambar sotong kat atas ni.. Terliur tak? gulp..
Alamat: Gerai No.90, Lorong Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
4) Mohd Yaseen Nasi Kandar
Zainul Nasi Kandar ni memang tak asing lagi bagi yang menetap di Petaling Jaya. Nasi kandar ini menjadi pilihan orang ramai oleh sebab kari dan ayam goreng yang memang ‘ummmphh!’
Kedai ni dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga pukul 4 petang dan 10 pagi hingga pukul 5 petang pada hari minggu.
Alamat: 351 & 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
5) Restoran Kudu Bin Abdul
Tengok la berapa panjang pelanggan yang beratur semata-mata untuk makan nasi kandar kat kedai ni. Ni membuktikan kedai nasi kandar mesti ada keistimewaan sendiri. Ayam goreng juga memang jadi pilihan orang ramai di kedai ni.
Alamat: No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50100
6) Restoran Raihan Nasi Kandar
Haa yang ni rasa memang macam nasi kandar kat Pulau Pinang tu. Antara elemen yang buat nasi kandar special ialah ayam goreng yang crunchy dan daging kuah hitam. Bagi sesiapa yang study kat area Shah Alam tu confirm setuju Raihan Nasi Kandar memang padu!
Alamat: 5 Jln Penggawa U1/75, Batu 3, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia