berita

6 Kisah Hero Tak Didendangkan Ni Confirm Buat Korang Sebak..

September 13th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Astro Awani

Sempena Hari Kebangsaan yang lepas, Tesco Malaysia dengan kerjasama Media Prima telah mengadakan kempen #KitaPunyaHero di mana peserta dikehendaki berkongsi siapakah hero bagi mereka dan apa yang membuatkan ia menjadi inspirasi buat mereka.

Haa..dan kini kita dah pun ada 6 pemenang yang telah berjaya memenangi baucar Tesco bernilai RM5000!

Fuh..memang hebat dan menyentuh hati betul kisah mereka semua ni. Sebak! Jom kami kongsikan..

Guruku Adiwiraku, Cikgu Farez..

Cerita kiriman Saiful Anuar bin Mat Raais ni mengisahkan tentang rakan sekerjanya iaitu Cikgu Farez yang sangat prihatin dengan kebajikan anak-anak keciciran persekolahan di Sentul.

Tak kiralah apa pun latar belakang anak-anak ni, termasuklah yang terlibat dengan gejala hisap gam, Cikgu Farez tak akan pinggirkan seorang pun dan tetap membantu dari segi tenaga dan kewangan.

Siap adakan pelbagai aktiviti menarik seperti kem-kem, kelas tambahan percuma dan kerja-kerja kemasyarakatan dengan tujuan untuk menarik minat anak-anak ni ke sekolah. Gigih kan beliau?

Inilah sifat pendidik yang dimiliki Cikgu Farez, walaupun ada kalanya dia terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri,  tapi dek kerana sayangkan masa depan anak bangsa, beliau sanggup berkorban. Memang one of a kind!

Abahku Hero Malaya & Hero Malaysia!

Haa..tengok tajuk je dah boleh agak dah, mesti kisah tentera ni. Hero Malaya yang dikatakan ni adalah bapa kepada Nur Muhammad Bin Abu Bakar, seorang bekas tentera di bawah kerajaan British pada tahun 1952.

Dalam ceritanya, Nur Muhammad menganggap abahnya sebagai seorang hero atas segala pengorbanannya untuk tanah air dan juga sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab. Bukan sikit tau pengalaman abahnya ni, siap dianugerahkan pingat daripada Almarhum Tunku Mahmud Iskandar tau!

Kini, walaupun sudah mencecah usia 82 tahun, tapi keringat abah masih kuat lagi tak ubah macam zaman muda-muda dulu. Bagi Nur Muhammad, abahnya adalah #KitaPunyaHero yang tak didendangkan.

KM Chan, insan berjiwa mulia..

Siapa sangka, berasal dari keluarga miskin, tapi berjiwa besar untuk membantu mereka yang memerlukan. Betul lah kata orang, hanya yang pernah melaluinya sahaja akan faham. Begitu jugalah dengan cerita yang dikongsikan oleh Sangaran A/L K Narayanan ni tentang seorang insan yang dikaguminya.

Chan Kah Mun atau lebih mesra dikenali sebagai KM Chan memulakan kerja amal bersama kawan-kawannya dengan mengutip derma untuk membantu rumah kebajikan serta keluarga miskin tanpa mengira kaum dan agama di Pulau Pinang sejak dari 2013 lagi.

KM Chan sendiri, pernah diuji apabila dia kehilangan punca pendapatan selama hampir setengah tahun dan kehilangan anak perempuan kesayangannya pada akhir tahun lalu. Namun, dugaan ini semua sama sekali tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus berbuat baik kepada orang sekeliling.

Adiwira yang akan dirindui..

Bagi admin, kisah yang dikongsikan oleh Norafiza Binti Husaini ni paling menyentuh hati. Ini adalah kisah seorang cikgu iaitu Cikgu Catherine Janet Twi yang sanggup berkorban nyawa dalam satu tragedi kebakaran demi menyelamatkan orang lain.

Bayangkan dengan api yang marak, beliau tekad untuk merempuh masuk dan selamatkan rakannya. Syukur rakannya terselamat, tapi yang menyedihkan, Cikgu Catherine maut akibat rentung dalam kebakaran.

Bagi Norafiza, Cikgu Catherine memang seorang hero sebenar apabila sanggup mengorbankan diri sendiri demi kasih sayang kepada rakannya.

Suamiku, Heroku..

Bagi Roslina Binti Syed pula, hero sebenar kepadanya adalah suaminya iaitu seorang Penolong Pegawai Perubatan yang berkhidmat di kawasan pedalaman di Gerik, Perak.

Tugas beliau yang sering bermalam di kawasan pedalaman dan mengutamakan masyarakat orang asli dalam memberi rawatan, makanan, minuman serta pakaian ini menjadi keutamaannya dan menjadikan beliau hero kepada masyarakat orang asli setempat.

Kini, beliau sudah berkhidmat hampir 17 tahun dan terus menyumbang bakti kepada masyarakat serta perhatian dan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah akan disanjung buat Roslina sekeluarga selamanya.

Tiga kali bertarung nyawa…

Bagi Edmund Cheong Heng Yew, hero baginya adalah ibunya sendiri yang menghidap penyakit epilepsi selama 47 tahun. Edmund sudah beberapa kali hampir kehilangan ibunya disebabkan penyakit tersebut. Ini cerita Edmund..

Kali pertama dia hampir kehilangan ibunya adalah apabila ibunya diserang sawan ketika berada di dalam air dan hampir lemas. Kali kedua pula adalah ketika sedang melintas jalan raya dan secara tiba-tiba ibunya diserang sawan lalu terjatuh di sisi jalan. Kali ketiga adalah ketika ibunya sedang menaiki escalator, mujurlah bapa Edmund sempat menarik tangan ibunya dan menahannya dari terjatuh.

Disebalik semua itu, ibu Edmund tak pernah membataskan dirinya untuk menolong mereka yang senasib dengannya dan kini mengadakan projek mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan.

Berkat kesungguhannya membantu orang lain, beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang telah diberi pengiktirafan dari Biro Antarabangsa Epilepsi iaitu Outstanding Award For Person With Epilepsy. Bagi Edmund, ibunya adalah inspirasi bagi dirinya dan keluarga, serta rakyat Malaysia.

Selepas baca semua cerita yang dikongsikan ni, admin percaya, masa depan generasi akan datang bakal terjamin dan dan cerah kerana wujudnya insan-insan berhati mulia dan berjiwa murni seperti mereka.

Syabas Tesco dan Media Prima atas idea bernas ini dan tahniah buat semua pemenang . Kami sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan anda!

Kredit: Astro Awani

 

SKIP THIS AD ×