berita

6 Perkara Gila Yang Orang Malaysia Akan Buat Jika Malaysia Tiada Peraturan Selama 24 Jam

July 12th, 2016 | by Epul
Filem Antarabangsa

the purge giphy

Apa yang akan berlaku sekiranya rukun negara ke 4 (kedaulatan undang-undang) dimansuhkan untuk 24 jam je? Mesti kucar kacir kan?

Sebab ada undang-undang pun kita dah langgar, inikan pula bila undang-undang dimansuhkan untuk satu hari. Cuba bayangkan apa yang korang nak buat kalau Malaysia mansuhkan semua undang-undang…?

Kalau kami ada beberapa perkara yang kami nak buat sebab dah geram sangat!

1. Rompak kedai ice cream yang mahal-mahal

ezgif.com-optimize (12)

Wow dah lama nak buat benda ni, sebab geram je tengok ais krim tu tak berusik je disebalik cermin kaca tu. Almaklumla nak beli mahal macam emas, so kalau dapat peluang macam ni memang kami nak rompak dan makan ais krim sepuasnya.

2. Melancong ke semua negara tanpa tiket dan passport…best gila!

ezgif.com-optimize (13)

Bosan nak tunggu tiket murah, so kalau tak ada undang-undang memang inilah peluang yang kami nantikan untuk keluar melancong ke tempat yang menarik macam dekat Rome ke, UK ke tak pun nak pindah terus dekat sana tanpa passport atau pun tiket penerbangan yang mahal.

Boleh je nak hijack mana-mana kapal terbang dan pergi tempat-tempat yang nak dituju. Kalau boleh nak bawa saudara mara sekali, confirm ramai yang lari dari Malaysia. Eh!

3. Masuk dan ambil barang branded dalam shopping mall…kena bawa lori ni

ezgif.com-optimize (14)

Perghhh! Ini memang benda yang nak sangat kami buat, masuk pusat beli belah dan feeling macam wardrobe kami je. So boleh try dan ambil mana-mana baju, kasut, seluar dan macam-macam dalam pusat beli belah tu tanpa uas-uas..syioknya.

Ini barulah shopping yang paling best sebab satu pusat beli belah boleh dimiliki tanpa bayar satu sen pun. Ha..Ha..Ha bayangkan saja yer jangan curi betul-betul pula tau.

4. Tak nak masuk kerja… Malas rasanya nak hadap kekecohan.

lazy giphy

Meskipun diberi peluang untuk berbunuhan, ada antara kami yang nak lepak je dekat rumah satu hari tanpa fikir apa-apa. Tak nak fikir pasal kerja dan masalah-masalah dunia yang tak pernah nak habis ni.

5. Main bumper car atas jalan raya

bumper cargiphy

Kami memang minat gila nak main bumper car tapi sekali main dah la mahal. So kalau tak ada undang-undang di atas jalan memang teringin nak main bumper car tu sepanjang jalan, tak kira la highway ka jalan kampung ka..kasi lenjan itu kereta. Ha..Ha..Ha.

Tapi pastikan pakai tali pinggang keledar tau, meskipun tak ada undang-undang tapi keselamatan didahulukan baru boleh main bumper car sampai puas.

5. Makan tempat-tempat mahal secara percuma

Dibs, dibs and dibs

Kalau dah penat tu apa kata kita lepak makan dekat tempat-tempat mewah makan sepuas-puasnya tanpa fikirkan bil atau resit yang datang sebab tiada dakwaan pun dekat kita kalau tak bayar.

So kami cadangkan kita gathering sama-sama dekat hotel-hotel mewah nanti kalau semua undang-undang dimansuhkan.

6. Culik ikon lepak selama satu hari

culik giphy

Yang ni confirm semua nak kan! Lepak dengan ikon kesayangan korang yang masih hidup tu. Kalau kami dapat peluang ni memang nak culik Cristiano Ronaldo lepak dengan dia satu hari. He..He..He

Kalau artis dekat Malaysia memang kami nak culik dan lepak dengan Dato’ Siti Nurhaliza boleh nyanyi dengan dia sampai lebam. Best kot tak ada siapa boleh larang kita.

Oops! Sabar.. Semua perkara tu tidak akan berlaku di Malaysia sebab…

Screen Shot 2016-07-11 at 4.59.24 PM

Okay, korang boleh la nak berangan-angan macam kami ni atau korang boleh berangan sendiri la yer apa yang korang nak buat kalau undang-undang di Malaysia dimansuhkan. Tapi ingat jangan jadikan ia realiti.

Jangan lupa ajak ramai-ramai tonton filem The Purge : Election Year yang akan ditayangkan bermula 14 Julai nanti. Nah tengok trailer ni dan fahamkan tapi jangan tiru aksi dalam filem ni sebab Malaysia masih ada undang-undang yang patut kita patuh. Ingat tu!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×