berita

6 Perkara Mengenai Pasukan Hoki Malaysia Yang Netizen Patut Tahu. Power Gila Weh Diorang Ni!

November 30th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Kalau cerita sukan Malaysia, perkara pertama yang orang fikir mesti bola sepak ataupun badminton. Korang tahu tak yang pasukan Hoki Malaysia ni power gila? Ini antara perkara yang korang kena tahu mengenai pasukan Hoki Malaysia!

Kalau team bola sepak dipanggil Harimau Malaya, team Hoki pula digelar SPEEDY TIGER!

Kalau korang tengok macam mana diorang gelecek bola tu ke tiang gol, baru lah korang faham kenapa diorang ni dipanggil Speedy Tiger. Memang laju betul! Konsisten pulak tu!

Berada di tangga ke-2 Asia & ke-12 dunia! Power!!

Kalau korang nak tahu, pasukan hoki Malaysia dah masuk Piala Dunia sebanyak 8 kali! Sejak bila kita ni power main hoki? Ha, terima kasih kepada pasukan dari negara India sebab kita mencapai taraf antarabangsa bila pasukan Olimpik dari India datang untuk berlawan dengan pasukan Malayan XI pada tahun 1932. Banyak yang kita belajar dari pasukan India ni tau!

Malaysian Hockey League (MHL) ni merupakan liga yang top di Malaysia!

Malaysian Hockey League ni merupakan antara liga yang famous dekat Malaysia tau! Sehingga kini, terdapat 7 pasukan di dalam Malaysia Hockey League ni.

Malaysia merupakan tuan rumah untuk Piala Dunia Hoki Edisi 3!

Makin lama makin kagum dengan pasukan hoki Malaysia ni. Malaysia menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Hoki Edisi 3 selepas Sepanyol dan Belanda. Pasukan Speedy Tiger juga berjaya mengalahkan tuan rumah edisi 2 iaitu pasukan Belanda dengan mata sebanyak 2-1 di perlawanan akhir berkumpulan.

Walaupun diakhir perlawanan, Malaysia mendapat tempat ke-4 apabila tewas dengan pasukan Jerman. Tapi ia merupakan detik yang bermakna bagi pasukan kebangsaan dan juga Tun Abdul Razak yang merupakan Presiden MHC pada waktu itu.

Piala Sultan Azlan Shah satu-satunya pertandingan di dunia yang menggunakan nama individu!

Sultan Azlan Shah sememangnya terkenal dengan gelaran ‘Bapa Hoki Malaysia’ kerana usahanya untuk mengangkat martabat hoki di negara ini sehingga terkenal di mata dunia! Antara sumbangan terbesar tuanku ialah apabila baginda menubuhkan Yayasan Hoki Malaysia pada tahun 1992.

Yayasan ini mempunyai tiga objektif utama iaitu memberi biasiswa bagi pemain untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, faedah persaraan dan juga untuk menjaga kebajikan pemain jika berlakunya kemalangan atau kematian.

9 pemain Speedy Tigers merupakan staff Tenaga Nasional Berhad (TNB) tau!

TNB sememangnya terkenal dengan pemain-pemain Hoki tau. Kalau korang pergi ibu pejabat TNB, mesti korang macam kagum sebab ramai legend hoki dekat situ! Ini kerana, sumbangan TNB antara lain adalah mengasah bakat pemain di peringkat sekolah dan remaja, serta menaja program hoki kebangsaan melalui penajaan RM20 juta kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk tempoh lima tahun berakhir 2019.

Antara 9 ahli Speedy Tiger yang juga merupakan staff TNB ialah:

  • S.Kumar (GK)
  • Muhammad Hairi Abdul Rahman (GK)
  • Faiz Helmi Jalil
  • Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
  • Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil
  • Nik Aiman Nik Rozemi
  • Muhammad Firhan b. Ashari
  • Nur Syafiq Sumantri
  • Mohammad Ramadan Rosli

Korang berpeluang memberikan sokongan padu untuk pasukan Speedy Tiger di Piala Dunia Hoki Edisi 8, India!

Pasukan Hoki Malaysia (Lelaki) akan sekali lagi berentap di peringkat dunia bermula November ini! Acara tersebut akan berlangsung di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.

Ditempatkan dalam kumpulan D, Malaysia bakal berentap bersama pasukan Jerman, Belanda dan Pakistan! Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, 802!

Pasukan Malaysia dijadualkan untuk membuka tirai saingan Piala Dunia pada 1 Disember 2018, pada jam 7.30 malam (waktu Malaysia) bertemu Belanda dan diikuti bertemu pasukan Pakistan pada 5 Disember pada jam 9.30 (waktu Malaysia). Aksi terakhir, pasukan Malaysia akan berdepan Jerman pada 9 Disember pada jam 7.30 malam.

Korang juga boleh layari HoKita ni kalau nak tahu perkembangan terkini pasukan Hoki Kita!

Korang juga boleh berikan sokongan korang dengan masukkan kata-kata semangat di laman web HoKita [Klik Sini] macam dekat atas tu! Biar lagi terbakar semangat pemain-pemain hoki kita ni!

Selain itu, korang juga boleh tengok laman Facebook HoKita ni untuk mengetahui info-info terkini. Kalau korang ada post mengenai pasukan hoki kita di laman sosial, jangan lupa untuk masukkan hashtag #SpeedyTigers, #HWC2018, #SayaSokongHokiMY, #BersatuUntukHoki tau!

So apa lagi? Dah boleh mula buat plan dengan geng-geng korang sama ada nak tengok sama-sama dekat mamak atau pun nak berada di rumah bersama ahli keluarga! Kita kasi sokong habis-habisan kali ni guys!

Sama-sama kita doakan semoga bendera Malaysia berkibar dengan megah di tanah India nanti!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×