berita

6 Resepi Puding Yang Mudah Untuk Disediakan. Last Tu Paling Sedap!

November 15th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pencuci mulut atau pemanis merupakan antara makanan yang sering menjadi kegemaran. Lihat sahaja kalau buffet makanan di restoran atau hotel, pasti ruangan pemanis paling mendapat perhatian. Ramai yang menganggap menu sebegini sukar dibuat dan leceh. Betul tak?

Kali ini, kami nak kongsi resepi puding yang mudah dan senang dibuat. Paling best, rasanya setaraf makanan buffet. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Puding Roti Lapis Oreo

Kami yakin Oreo merupakan antara biskut paling femes dan sering dijadikan tambahan dalam pelbagai jenis pencuci mulut. Ditambah pula, jika anda menjadikan oreo sebagai asas dalam resepi puding roti kali ini. Confirm bertambah-tambah makan, silap haribulan tak cukup pula!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-roti-lapis-oreo

Puding Triffle

Puding triffle sering dikatakan leceh untuk dibuat. Kesedapan puding ini sering mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai. Walaupun harganya agak mahal, tapi rasanya tidak ada tandingannya. Apa kata kali ini korang cuba sendiri di rumah, boleh makan beramai-ramai bersama keluarga. Paling penting jimat kos!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-triffle

Puding Cendol

Kalau sebutnya cendol, pasti terbayang keenakan menikmatinya di bawah pokok pada waktu petang. Betul tak? Cuba ubah selera korang  dengan menjadikan cendol itu sebagai puding. Fuh memang terangkat beb. Makan pula waktu petang-petang di rumah sambil menonton sinetron korang. Pasti lebih enak!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-cendol

Puding Karamel Gula Hangus

Puding karamel gula halus memang tidak lagi asing buat penggemar manisan. Namun, masih ramai yang sanggup membeli dari membuatnya sendiri. Sesekali sekala apa kata korang buat sendiri resepi mudah ini dari air tangan korang. Confirm sedap. Boleh dihidangkan buat keluarga tersayang. Anak-anak pasti suka!

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-karamel-gula-hangus-360d835e-7e42-4fee-9600-28e495f4b8b3

Puding Roti Cheese

Selain menambah Oreo sebagai penyedap rasa, korang boleh variasikan dengan keju pula. Bukan sahaja menjadi kegemaran ramai, malah resepi ini mudah dibuat. Tak salah menambah keju dalam puding korang, yang salah kalau tidak mencuba. Hehe.

Resepi penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-roti-cheese

Puding Aiskim

Kalau panas-panas, ais krim pastilah menjadi pilihan ramai orang. Kali ini apa kata korang tambahkan ais krim dalam menu puding ini. Bukan sahaja sedap, malah mudah dibuat. Ini memang tak cukup sebekas! Fuh memang terangkat beb.

Resepi Penuh : http://myresipi.com/recipes/puding-aiskrim-e91381a7-3b4a-4dbb-a010-7166f95cd66b

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×