berita

62 Maut Ketika Solat Di Masjid Afghanistan Akibat Letupan Bom

October 19th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, keadaan di Afghanistan memang sering bergolak dengan peperangan. Terbaru, sebuah masjid diletupkan di timur Afghanistan ketika solat Jumaat hingga menyebabkan bumbung masjid runtuh. Dalam kejadiaan itu, 62 orang terbunuh setakat ini seperti dilaporkan di BBC.

Menurut portal Reuters, jumlah mangsa mungkin meningkat apabila pasukan penyelamat dan orang ramai berusaha mengeluarkan mayat dari runtuhan masjid.

62 orang maut setakat ini

Menurut gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, bom telah diletakkan di dalam masjid di kawasan Jawdara di distrik Haska Mena.

Apabila saya tiba di tempat kejadian, orang cuba mengeluarkan mayat dan cedera yang terperangkap di bawah bumbung yang jatuh. Orang yang menggunakan mesin penggali masih berusaha untuk mengeluarkan mayat dan cedera dari bawah bumbung.

Ia adalah satu kejadian menyayat hati yang saya saksikan.

Lebih menyedihkan, tidak ada kumpulan yang segera menuntut tanggungjawab namun kerajaan menuduh pemberontak Taliban yang berjuang untuk mengembalikan undang-undang Islam yang terlalu ketat.

Letupan itu berlaku sehari selepas PBB mengatakan jumlah kematian awam di negara yang dilanda perang telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum musim panas.

Serangan bom bunuh diri

Menurut presiden istana, Sediq Sediqqi mengatakan ianya adalah serangan bom bunuh diri.

Jenayah puak Taliban mensasarkan orang awam ketika mereka solat

Dalam pada itu, enam orang awam terbunuh dan lima cedera apabila kenderaan mereka dilanda bom di tepi jalan. Di antaranya adalah wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa. Laporan U.N. mencatatkan 4,313 orang awam yang terbunuh dan cedera di Afghanistan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Sumber : BBC , Reuters,

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×