berita

66 Maut & 2 Masih Hilang, Banjir Di Jakarta Antara Yang Terburuk Sejak 1996

January 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jumlah mangsa yang terkorban ekoran banjir di Jakarta, Indonesia dilaporkan semakin meningkat kepada 66 orang setakat ini dan dua mangsa dipercayai masih hilang. Manakala, lebih daripada 173 ribu penduduk turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sejak kawasan perumahan mereka dinaiki air.

Menerusi laporan Astro Awani, Jakarta merupakan salah satu bandar di dunia yang cepat ditenggelami air ketika musim hujan bahkan, kejadian tanah runtuh turut berlaku seandainya hujan masih berterusan.

66 maut dan dua mangsa masih hilang

https://www.facebook.com/HimpunanMasyarakatNias/videos/614957515941743/?t=19

Banjir yang berlaku sejak 31 Disember yang lalu, membuatkan pihak Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang sering berlaku ketika banjir. Menurut jurucakap agensi berkenaan, Agus Wibowo, lebih 35 ribu mangsa ditempatkan di bangunan kerajaan, sekolah dan kompleks membeli belah.

Berdasarkan ramalan kaji cuaca, kota Jakarta bakal berdepan dengan hujan yang lebih kuat dalam tempoh masa yang terdekat. Hal ini juga merupakan salah satu faktor kota tersebut merupakan salah satu bandar yanng cepat ditenggelami air apabila musim hujan. Faktor pembinaan kota itu di kawasan paya dan pertumbuhan populasi yang tidak seimbang juga merupakan faktor bencana alam itu berlaku.

Memberikan bantuan yang sewajarnya

Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo, meminta Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pemimpin wilayah serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memberikan bantuan sewajarnya kepada penduduk terjejas. Tambahnya, wilayah yang terjejas antaranya pusat bandar, selatan dan timur Jakarta; Makasar, Pinang Ranti, Kampung Melayu, Rorotan, Raya Buaya dan Manggarai Selatan. Setakat ini, banjir tersebut merupakan banjir yang terburuk yang dilaporkan pernah terjadi di Jakarta jika dibandingkan tahun 1996.

Sumber: Astro AwaniHarian Metro & Komunitas Masyarakat Nias

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×