berita

68 Tahun Di Sebalik Tirai Besi, Banduan Juvana Tertua Terkejut Lihat Bangunan Pencakar Langit

February 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas terkurung selama 68 tahun di sebalik tirai besi, seorang lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat, akhirnya telah dibebaskan pada usia 83 tahun.

Menerusi laporan Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Joseph Ligon itu dihukum sepanjang hayat atas kesalahan membunuh. Namun, dia telah mendapat kebenaran oleh pihak mahkamah untuk dibebaskan baru-baru ini.

Terkejut lihat bangunan pencakar langit

Foto: Daily Mail

Menurut laporan Daily Mail, Joseph sebelum ini menjalani hukuman penjara sebagai pesalah juvana ketika berusia 15 tahun dan dia merupakan banduan tertua di penjara berkenaan. Sewaktu dibebaskan, Joseph dipercayai terkejut apabila melihat bangunan pencakar langit di sekelilingnya.

Ketika berusia 15 tahun, Joseph telah melakukan kesalahan membunuh selepas terbabit dalam kes rompakan dan serangan di Pennsylvania. Dalam kejadian itu, dua lelaki meninggal dunia manakala enam lagi cedera kerana ditikam. Joseph juga dipercayai mengaku bersalah kerana terlibat dalam kejadian tersebut, namun dia menafikan membunuh kedua-dua mangsa.

Kurang hukuman penjara

Foto: Daily Mail

Pada tahun 2016, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah mengurangkan hukuman penjaranya kepada 35 tahun. Hal ini kerana, hukuman sepanjang hayat untuk pesalah muda adalah kejam dan luar biasa. Walau bagaimanapun, Joseph telah menolak keputusan untuk dibebaskan awal kerana dia tidak mahu menjalani pengawasan lanjut.

Selepas 68 tahun dipenjara, Joseph merupakan pesalah juvana tertua di negara tersebut. Dia mengakui terkejut dengan perubahan pembangunan di sekelilingnya. Ujarnya, semuanya sangat berbeza ketika dia mula masuk ke penjara. Menurut laporan juga, Joseph telah melakukan latihan peralihan bagi memudahkannya menjalani kehidupan selepas dibebaskan.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×