Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita explore tentang latar belakang mengenai “negeri dibawah bayu” Sabah.
Apa yang membuatkan kami terlintas untuk kongsikan tentang negeri Sabah ini adalah keunikan asal usul daerahnya yang buatkan kami rasa tertarik. Memanglah kebanyakkan tempat di Malaysia ini ada sejarahnya sendiri.
Tapi, dalam banyak-banyak asal usul nama tempat di Malaysia, Sabah lah yang paling special dan menarik bagi kami. Jadi, kami nak kongsikan sedikit beberapa nama asal usul daerah Sabah yang ramai orang tak tahu macam mana nama tempat tersebut terhasil.
1. Menggatal
Tergelak kecil juga kami bila pertama kali dengar nama tempat ni. Mungkin Menggatal tidak se-popular seperti kawasan Sabah yang lain. Tapi, Menggatal memang wujud.
Untuk pengetahuan korang, Nama ‘Menggatal’ diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”.
2. Tawau
Nama Tawau sendiri adalah berasal dari perkataan ‘Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan.
Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.
3. Penampang
Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas.
Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.
4. Putatan
Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan .
Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.
5. Papar
Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.
6. Tuaran
Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’.
Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.
7. Kota Belud
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Banjau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”
Bagi kami dalam tujuh tempat ini yang paling unik ialah Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan Kota Belud. Selain daripada sejarahnya yang menarik, Kelima-lima tempat ini dipilih oleh MYTV untuk menaik taraf sistem penyiaran TV mereka daripada analog ke digital.
Bagaimanapun, ia masih dalam fasa percubaan lagi dan apa yang menarik lagi, orang Sabahan yang terpilih untuk fasa percubaan ini antara 250,000 pengguna yang memang dah confirm dapat! dalam kalangan 2 juta rakyat Malaysia yang terpilih, mereka akan pulangkan dan menerima semula peralatan yang sebenar apabila mula dilancarkan tahun depan nanti.
Hmm, untung bah kamu urang Sabah, kitaorang sendiri belum dapat merasa siaran digital baru tu.