
Kebimbangan mengenai gejala sosial dan kecelaruan identiti dalam kalangan anak-anak muda semakin meruncing hari ini.
Panduan untuk ibu bapa

Baru-baru ini, penceramah bebas Akhi Fairuz Al-Jengkawi, diajukan soalan oleh seorang pengikut yang bimbang tentang cara untuk mengelakkan anak lelaki daripada terjebak menjadi gay.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Akhi tampil berkongsi tujuh panduan yang wajar diambil berat oleh setiap ibu bapa.
Menurut Akhi, pendidikan bermula dengan penggunaan istilah yang betul sejak kecil bagi mengelakkan rasa kekok di kemudian hari.
Dari kecil beri nama yang selayaknya kepada kemaluan anak. Zakar/penis bagi lelaki dan faraj/vagina bagi perempuan.
Selain itu, anak-anak perlu dididik mengenai batasan anggota badan dan keberanian untuk melawan jika diperlakukan tidak senonoh oleh sesiapa sahaja.
Ajar anak tahu apa itu private part (mulut, dada, kemaluan, paha, punggung), sentuhan selamat dan tidak selamat. Jika ada orang sentuh, raba, cium, pegang, ramas atau orang itu suruh kita buat perbuatan berkenaan kepadanya, terus jerit kuat-kuat, lari dan beritahu.
Seterusnya ialah mengajar anak-anak tentang privasi seperti menekankan adab meminta izin (isti’zan) seperti yang digariskan dalam agama, terutamanya apabila anak semakin membesar.
Ajar anak minta izin masuk bilik mak bapak, dalam Quran bagi tahu pada 3 waktu; selepas isyak, sebelum subuh, waktu tengah hari. Jika anak dah akil baligh, setiap masa kena minta izin nak masuk bilik parents.
Bilik adalah ruang privasi untuk mak bapak… begitu juga untuk anak yang dah akil baligh, mereka juga ada privasi yang perlu dijaga, terutama hal aurat.
Asingkan tempat tidur

Bukan itu sahaja, keperluan mengasingkan tempat tidur adalah penting bagi mengelakkan normalisasi melihat aurat sesama adik-beradik.
Anak lelaki kena ada bilik dia, anak perempuan kena ada bilik dia. Mak ayah kena ada bilik dia juga. Kalau dalam satu bilik ada beberapa orang anak sama jantina, kena ada katil double decker atau katil yang berbeza.
Sementara itu, Akhi turut mengingatkan agar budaya malu diterapkan walaupun berada di dalam rumah sendiri.
Ajar tentang penjagaan aurat, walau dalam rumah, walau sesama adik beradik. Kalau nak bersiap lepas mandi pun cepat-cepat masuk bilik, jangan tak berbaju sana sini pakai tuala.
Penggunaan gajet tanpa kawalan disifatkan sebagai antara penyumbang terbesar kepada masalah seksualiti songsang.
Bila dah terjebak dengan benda lucah, dia jadi ketagih. Bila ketagih, rasa nak buat, tapi tak berani, akhirnya dia beronani. Lama-lama rasa nak buat dengan orang. Ibu bapa juga perlu peka dengan tingkah laku anak-anak yang mencurigakan.
Peringatan khusus diberikan kepada ibu bapa yang menghantar anak ke asrama, kerana di situlah selalunya titik permulaan berlaku.
Tidur 1 katil, mandi sama-sama, berangkat-angkat, pegang kemaluan kawan, lihat aurat kawan setiap hari, meraba-raba, bahkan ada yang sampai buat oral seks.”
Mula-mula dia rasa gurauan je, lama-lama jadi ketagih. Tanpa dia sedar perbuatan itu sedikit demi sedikit buatkan dirinya suka kepada sama jantina.
Akhir sekali ialah komunikasi antaran ibu bapa dengan anak-anak.
Sumber: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi








