Pada tahun 2016, drama ‘7 Hari Mencintaiku’ pernah menjadi feneomena kerana jalan ceritanya yang agak menarik. Tahun ini sekali lagi drama ini kembali dengan barisan pelakon yang hebat hebat belaka.
Namun, karakter Pak Samad yang dulu dilakonkan oleh Aman Graseka ditukar kepada Kazar Saisi banyak menjadi pertikaian netizen yang rata-ratanya merindukan aura Pak Samad yang dulu.
Throwback kamera bergegar
barangkali mia lupa dulu masa dia nak jumpa alisa, pak samad yang back up dia sampai gegar camera ? #7harimencintaiku2 pic.twitter.com/YB3FamhWJU
— ??? ???? (@laila_manap) July 14, 2020
Masih ingatkan anda tentang babak Pak Samad yang pernah menjadi bualan hangat netizen dimana kamera sampai bergegar dek dengar jeritan Pak Samad yang ketika itu sedang memarahi Mak Leha lakonan Liza Abdullah. Episod 23 itu viral apabila kaca TV dilihat bergegar kerana jeritan lantang Pak Samad. Memang kelakar betul.
Aura lakonan Pak Samad sehingga kini masih lagi dirindui. Rata-rata masih rindu dengan lakonan Aman Graseka yang dikatakan cukup berbakat dan meninggalkan kesan di hati peminat.
Rindu Pak Samad dulu
Kamera terus jadi gempa
Walau bagaimanapun, Pak Samad sekarang tetap mempunyai cara tersendiri dimana dilihat cukup menghiburkan ramai peminat. Yelah masing-masing dengan cara tersendiri. Apa-apa pun kita tak boleh banding dengan dua orang berbeza. Dua-dua mempunyai cara tersendiri.
View this post on Instagram
Jangan lupa saksikan drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ di slot Akasia setiap hari Isnin-Jumaat jam 7 petang di TV3!
Sumber : Twitter