berita

7 Juadah Berbuka Yang Korang Takkan ‘Miss’ Borong Di Bazaar Ramadhan

June 22nd, 2015 | by Ash Nordin
MyResipi

collage 1

Selain tak sabar untuk mendapat pahala lebih dan beribadat di bulan Ramadhan, salah satu yang best nya bila bulan puasa ni, korang dapat pergi bazaar ramadhan yang buka setiap hari selama sebulan! Best kan?

Macam-macam korang boleh beli, sampai tak cukup tangan nak pegang bag plastik yang korang beli tu. Tak cukup satu trip, dua trip pun korang sanggup kalau dah memang ada sifat tamak tu. Hehe.. Gurau je.

Jom tengok juadah berbuka yang korang AKAN beli di bazaar. Mesti antara makanan di bawah merupakan makanan wajib korang.

1) Murtabak

murtabak 3

murtabak 1

Murtabak antara makanan yang paling popular di bazaar ramadhan. Kalau korang perasan dalam satu bazaar tu, ada la dalam 5 hingga 6 kedai yang jual murtabak. Beza dia mana sedap dan mana yang tak je.

Selalunya kalau abam beli abam akan tengok rupa murtabak tu menggiurkan ke tak. Tapi kadang-kadang rupa je cantik, tapi bila makan hampeh.. huhuu

2) Ayam percik

ap 2

ap5

Perhh bila korang jejakkan kaki ke bazaar je, tak sah kalau korang tak bau asap ayam percik, aroma dia memang menusuk kalbu beb! Dah alang-alang tu, memang abam beli la ayam percik ni.. nafsu abam pun boleh tahan gak..

3) Tepung pelita

tp2

tp 1

Kuih ni antara kuih tradisional pilihan orang ramai untuk beli bila di bazaar. Kuih ni merupakan pencuci mulut lepas korang dah melantak nasi, ayam golek, murtabak semua.

Kalau nak lagi sedap, korang letak kuih ni kat dalam peti ais dalam 10 minit, lepas tu makan.. Padu beb!

4) Bubur lambuk

bl2

bl 1

Bubur lambuk juga makanan yang popular di bazaar ramadhan. Aroma yang menyelerakan, senang dihadam dan sedap! Selalunya bubur lambuk boleh didapati di kebanyakan masjid secara percuma.

5) Roti John

rj4

rj5

Roti John pun memang makanan wajib yang korang akan beli. Selalunya roti john diisi dengan daging atau ayam. Lepas tu ada lapisan telur dan ditambah pula dengan kelembutan roti. Ditambah pula dengan sos blackpepper, cili sos dan mayonis. Aishh lapar pula bila type macam ni.. Gulp!

6) Popia basah

pb6

pb4

Popia basah ni memang champion tau! selagi tak jumpa popia basah, memang abam takkan balik. Selalunya kalau nak tau kedai yang jual popia basah tu sedap ke tak, korang akan tengok berapa ramai orang yang beratur.

7) Air soya

soya 2

soya 3

Dalam banyak-banyak air pelik yang jual kat bazaar ramadhan tu, kami pasti air soya juga akan jadi pilihan nombor satu korang. Kalau nak lagi manis, beli lah soya cincau. Selain dari air soya, air tebu juga jadi pilihan orang ramai. Hmm.. Sedap!

The following two tabs change content below.