berita

7 Pelembap Bibir Pilihan Wanita!

August 2nd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Bibir wanita memainkan peranan penting dalam personaliti diri si cantik apabila kondisi bibir terlihat merona segar dengan calitan lipstik. Bibir yang cantik membuatkan wajah anda semakin mempesona tambahan pula mendapat panahan mata daripada si jejaka yang memandang. Berikut adalah sedikit informasi tentang produk lembapan bibir yang menjadi pilihan media sosial oh bulan, antaranya:

Superbalm Moisturising Gloss

Bagi mereka yang inginkan kelembapan berterusan dan kesegaran bibir yang berpanjangan, rangkaian kosmetik daripada Clinique.co telah menghasilkan Produk Superbalm Moisturising Gloss yang didatangkan khas daripada 12 warna termasuk 4 warna baru edisi terhad pada musim panas seperti warna guava atau jambu batu.

Produk Superbalm Moisturising Gloss adalah pelembap yang mengandungi antioksida untuk membantu melindungi bibir daripada kekeringan serta mempunyai haruman yang memberikan kesegaran.

Soap & Glory Super-Warna Lip Sexy Plumping Gloss

Produk Soap & Glory Super-Warna Lip Sexy Plumping Gloss dihasilkan daripada kombinasi perisa pudina dan coklat oren yang telah menghasilkan haruman bauan yang menarik untuk penggunaan dalam jangka masa yang lama.

Produk daripada ‘Sexy Mother Pucker’ ini juga mampu melitupi bibir dengan sempurna serta menyerap lembapan dan meningkatkan aliran darah bagi menjadikan bibir lebih mempersona.

Ianya terdiri daripada 6 warna yang menarik antaranya Half Naked, Yummy Plum, Pink Apricot, Candy Gloss, Clear, dan Punchbowl.

Bagi mereka yang ingin kelihatan seksi, merah jambu panas tropika daripada Punchbowl dengan rasa coklat ceri menjadi pilihan yang hebat.

Lip gloss NARS

Alangkah manisnya jika anda juga mencuba produk lip gloss NARS yang dihasilkan untuk si pemakai yang ingin menyerlahkan personaliti yang glamor supaya senantiasa tampak cantik, tidak kering dan menakjubkan.

Lip gloss NARS memberikan kelembapan bibir secara semula jadi dengan teksturnya yang lebih nipis. Lip gloss NARS didatangkan dengan 6 warna yang berkilau berkilat keemasan.

Antara warna yang disediakan adalah Albatross, Luxor, Orgasme Super, Beige, Angelika Dan Oasis.

Bagi wanita yang ingin menghadiri ke majlis-majlis glamor, Luxor daripada lip gloss NARS disarankan kerana warnanya seperti susu merah jambu itu mempunyai ‘flash’ berwarna-warni dengan kemilau berkilat persis permata.

Yves Saint Laurent Pure Lip Gloss

Bagi sesetengah wanita, warna keemasan itu menjadi pilihan hati dimana ianya dapat menonjolkan personaliti yang elegan dengan warnanya yang eksklusif untuk tampak lebih glamor, seksi dan  berkilau persis permata berlian.

Penggunaan minyak seperti minyak Nigella dan Camelina dalam produk ini dapat menyuburkan serta melindungi bibir dengan memberi keselesaan dan fleksibel yang membawa kepada kecangihan dalam senyuman.

Yves Saint Laurent Lip Gloss telah menghasilkan lip gloss yang sarat dengan kilauan 24 karat bintik-bintik emas (0.2%) untuk jaminan kegemilangan ke puncak keanggunan.

Terdapat 22 warna keemasan yang eksklusif dalam menjamin personaliti yang ‘vogue’ antaranya Golden Praline, Simply Gold, Golden Rose, Golden Fuchsia, Golden Ambre, Golden Pivoine, Golden Dragee dan sebagainya.

Untuk tampak lebih ‘sexy’ gunakan Golden Gloss Paraline dimana ianya memberikan sinaran gemerlapan untuk si pemakai yang ingin tampil glamor.

Love Gloss For Lips the body shop

Pengilat bibir yang bersinar didatangkan khas dalam bentuk ‘heart-shaped’ daripada jenama The Body Shop merupakan pilihan wanita moden yang inginkan penampilan yang sempurna.

Ianya merupakan pelembap bibir yang terdiri daripada 8 produk diantaranya Natural ,Golden Coral dan sebagainya.

Bagi si pemakai yang ingin tampak imej bersahaja, cubalah Natural dan Pale Pink adunan warna pastel yang semakin menjadi idaman setiap wanita.

Raspberry Pink disarankan bagi si pemakai yang ingin tampil lebih feminin dan elegan dalam penggayaan.

Produk tersebut ditawarkan dengan harga RM 39.00 untuk setiap lip gloss.

Bobbi Brown Brightening Lip Gloss

Selain itu, Debenhams menawarkan Bobbi Brown Brightening Lip Gloss dalam mencipta ilusi bibir penuh untuk memberikan bibir tampak bercahaya, menjadi lembut dan kelihatan cantik disamping elemennya diformulasikan daripada ekstrak Aloe Vera yang terdiri daripada  Vitamin C dan E, minyak Jojoba, Alpukat serta perlindungan anti-oksidan.

Bobbi Brown Brightening Lip Gloss menghasilkan 9 warna yang bercahaya lembut dimana ianya terdiri daripada New Pink Sunset a Pink Champagne, New Twilight a Heather Bronze, Golden Nectar a Peach Coral Shimmer, Kir Sugar a Plum Brown, Lilac Sugar a Light Lilac, Rose Sugar a Rosy Pink, Ruby Sugar a Soft Red, Spun Gold a Medium Goldish Pink dan Black Pearl a dusty mauve.

Antara permintaan yang popular daripada produk Bobbi Brown Brightening Lip Gloss adalah Black Pearl a dusty mauve yang warnanya eksklusif bergemerlapan.

L’Oreal Glam Shine

Penjagaan secara klinikal untuk bibir yang sihat dan lembut umpama bibir bayi. L’Oréal Paris menawarkan keseimbangan calitan yang sempurna dengan memberikan kelembapan yang berterusan seterusnya melindungi bibir anda daripada kekeringan sehingga 6 jam.

L’Oréal Paris memperkenalkan ‘glam shine 6 jam’ dengan hanya satu sapuan untuk lembapan yang maksimum.

Antara perisa yang disediakan ialah Keep the Sweet, Perennial Rose, Immortal Pearl, Always Pink, Amber Fidelity, Cinnamon Addict, Copper Gold, Endless Light, Forever Nude, Forever Young, Golden Tattoo, Hold-on Rose, Loyal Wild Rose, Mauve dan sebagainya dengan hanya RM35.90 sahaja untuk setiap lip gloss.

SKIP THIS AD ×