berita

7 Perkara Yang Korang Buat Untuk Save Duit & Minyak Kereta. Setuju Tak?

December 3rd, 2018 | by Nurul
Kewangan & Pelaburan

Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, rasanya semua orang mengambil langkah untuk berjimat. Yelah, dengan macam-macam komitmen yang ada, kita kena bijak rancang dan kawal perbelanjaan supaya tak ada masalah di kemudian hari.

Kebiasaanya benda yang selalu orang nak jimat adalah minyak kereta. Haa..kat sini kami ada senaraikan perkara-perkara yang selalu orang buat untuk jimat duit dan minyak kereta. Korang pun mesti pernah buat semua ni kan?

Ikut jalan jauh lah, asalkan takde tol..

Haa..korang yang nak berjimat tu bolehlah cuba trick ni. Bukan apa, kadang-kadang ada yang sehari tol mencecah sehingga RM10 ke RM15. Kalau sebulan dah berapa? Memang parahlah.

So, caranya bila nak start drive tu, terus bukak maps dekat smartphone korang tu dan cari alternative route yang jauh sikit asalkan tak kena bayar tol. Kadang-kadang tu bukan jauh sangat pun, lebih beberapa kilometer je berbanding jalan yang ikut tol. Asalkan tak payah bayar tol.

Tak pasang air-cond, bukak tingkap je..

Trick yang ini pun selalu orang buat. Asal masuk kereta je, memang takkan bukak air-cond. Alasannya, bila bukak air-cond, minyak akan cepat habis. Kalau panas sangat pun, bukak air-cond sekejap, lepas tu agak-agak dah sejuk sikit, terus tutup.

Ataupun, kalau isyarat lampu minyak dah blinking, kebanyakan orang akan terus tutup air-cond dan bukak tingkap. Katanya, boleh jimat minyak sebab penggunaan minyak akan bertambah sebanyak 10% apabila air-cond dihidupkan.

Korang cubalah nanti!

Jom carpool, nak jimat minyak kereta punya pasal..

Yang ini bukan hanya dapat jimat duit minyak je, tapi jugak dapat kurangkan pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas kat Malaysia ni. Yelah, kalau kita tengok sekarang ni, boleh kata semua orang ada kereta.

Tapi, yang tak syok bila korang carpool dengan member tapi suruh member tu yang bawak kereta dia lepas tu dia yang drive sebab korang malas drive, yang paling teruk, duit minyak pun korang tak hulur. Ishh..jangan macam tu. Gilir-gilir lah. Baru adil.

Ketuk nozzle minyak sampai titisan terakhir..

Kalau korang tengok kat stesyen minyak tu, korang akan nampak macam-macam cara orang isi minyak. Tapi yang paling selalu kita jumpa atau buat adalah lepas je habis isi minyak, terus ketuk-ketuk nozzle minyak tu sampai ke titisan yang terakhir.

Kononnya tak boleh membazir setitis minyak pun. Yelah harga minyak kan mahal sekarang. Kenalah berjimat!

Sanggup parking jauh sebab taknak bayar parking..

Masa student dulu, admin selalu buat benda ni. Bila dah kerja pun, ada la jugak. Yelah, kadang-kadang tu, bayaran parking ni cekik darah jugak. Punyalah nak jimat taknak bayar parking, sanggup letak kereta kat kawasan yang tak kena bayar dan jalan jauh. Gigih betul.

Lepas tu pulak, walaupun tempat nak park tu sempit, sanggup adjust sampailah kereta tu muat. Tapi, janganlah pulak korang park dekat kawasan yang salah ataupun depan rumah orang. Karang tak pasal-pasal kereta korang kena tarik!

Alamak, minyak dah nak habis la. Guna kereta ayah lah!

Siapa selalu buat perangai macam ni baik mengaku! Admin selalu buat macam ni. Bila agak-agak lampu minyak dah blinking, terus tak usik dah kereta tu.

Lepas tu pulak, pakai kereta parents atau adik beradik yang lain. Punyalah taknak keluar duit untuk isi minyak. Yelah, bila kita guna kereta diorang, secara automatik diorang akan pakai kereta kita. Bila tengok lampu minyak dah blinking, confirm lah diorang akan isikan minyak. Terus dapat minyak free. Haha!

Nak lagi jimat & dapat sehingga 7% rebat tunai? Jimat banyak tu..

 

Berita baik untuk pelanggan setia PETRONAS. Haa..lepas ni tak payahlah korang bersusah payah untuk berjimat sebab hanya dengan mengisi minyak menggunakan Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i di PETRONAS, korang boleh nikmati rebat tunai sehingga 7% bagi semua perbelanjaan di PETRONAS, tiada baki penyata minimum yang diperlukan!

Korang berminat tapi masih belum ada lagi Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i ni? Jangan risau, kempen ni dah pun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018, jadi masih ada masa untuk korang dapatkan Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i ni!

Nak lagi jelas, korang hanya tinggalkan butiran diri korang di sini supaya staf CIMB dapat menghubungi korang untuk menjelaskan tentang Kad Kredit CIMB PETRONAS Platinum-i ni dengan lebih terperinci.

Untuk maklumat lanjut, klik website CIMB Islamic Bank.

*tertakluk terma dan syarat

 

SKIP THIS AD ×