berita

7 Sebab Korang Tak Boleh Tolak Telefon Pintar 5G Mampu Milik Di Pasaran, Siri HUAWEI nova 7 Pada Harga RM 1,499 Je!

June 15th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Sejak teaser Siri HUAWEI nova 7 mula keluar di media sosial, rata-rata peminat setia nova nampak begitu teruja kerana siri kali ini bakal dilengkapi dengan teknologi 5G tau. Dengan reka bentuk yang lebih trendy serta spesifikasi dan kamera yang beresolusi tinggi, Siri HUAWEI nova 7 dijangka bakal menjadi telefon pintar 5G paling mampu milik di pasaran pada harga RM 1,499 dan Freebuds 3i pada harga RM399 je!

Kalau korang masih belum buat keputusan nak memiliki Siri HUAWEI nova 7, Pengurus Jenama nova, Isabel Koh ada jawapan kepada semua persoalan korang tentang model terbaru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=woXoLCNGH1Q&feature=youtu.be

Rebut Triple Rewards dengan Siri HUAWEI nova 7

Bermula 19 Jun 2020 kalau korang beli Siri HUAWEI nova 7 korang boleh rebut peluang untuk dapat ganjaran sehingga tiga kali ganda tau!

  • Beli Siri HUAWEI nova 7 dan korang boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256 (HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage- 15GB selama setahun, casing nova, Huawei Video (bawah Dimsum) selama 3 bulan & ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000- ganjaran berbeza daripada setiap rakan kongsi.
  • Dapatkan Hadiah Percuma di Karnival HUAWEI AppGallery 2020
  • Cabutan bertuah Karnival AppGallery: Peluang memenangi Proton X70

7 kelebihan Siri HUAWEI nova 7

1. Warna unik yang boleh digayakan mengikut personaliti

Telefon pintar dengan kemasan chrome mungkin sudah biasa di pasaran ketika ini, bagi memberikan kelainan kepada model terbaru nova.

Ia hadir dengan 3 gaya warna laminasi yang berbeza iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.  Dengan rekaan terkini, kemasan Siri Huawei nova 7 ini akan memberikan warna yang berbeza mengikut pantulan cahaya.

Gerenti korang jatuh cinta pandang pertamalah setiap kali tengok telefon pintar korang. Tak perlu risau nak beli casing untuk telefon pintar lepas ni!

2. Lebih ringan daripada alat solek

Selalunya telefon pintar yang trendy ni mesti berat kan? Lagi-lagi kalau letak dalam handbag, tambah lagi dengan beg duit dan alat solek. Boleh lenguh tangan dibuatnya. Haa… Korang tau tak yang Siri Huawei nova 7 seberat 180 gram je. Yup kami tak tipu, ia lagi ringan daripada alat solek korang!

Tampil dengan ciri minimalis bagi penggunaan software dan hardwarenya, Siri Huawei nova 7 ini bukan saja tampil dengan prestasi yang mengagumkan, ia juga kurang menggunakan ruang untuk pemprosesan, menghasilkan motherboard yang lebih kecil. Maka, telefon pintar menjadi lebih ringan dan mempunyai badan yang lebih nipis.

3. Dilengkapi dengan kamera 64 MP AI Quad

Telefon pintar tanpa kamera rasa macam tak lengkap kan? Dengan bentuk yang compact ia mudah dibawa kemana saja untuk merakam moment indah korang. Jadi kalau korang nak pilih telefon pintar, pastikan ianya mampu memberikan korang kepuasan untuk merakam gambar yang cun!

Siri HUAWEI nova 7  tampil dengan kamera AI 64MP AI yang disokong oleh cip pemproses Kirin 820 dan kemampuan AI yang memberikan hasil fotografi berdefinisi tinggi dan berkualiti. Hasil gambar yang dirakam pada waktu malam juga lebih jelas dan kamera ini mampu merakam video dengan kualiti 4K.

Siri HUAWEI nova 7 turut dilengkapi dengan kamera depan 16MP menggunakan f/2.0 yang besar, aperture dengan ukuran piksel 1.0 um yang dapat menangkap lebih banyak cahaya dan perincian ketika swafoto.

Kamera depannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 untuk swafoto dengan cahaya yang rendah. Kebisingan (noise) pula dikendalikan dengan algoritma BM3D, sementara perincian ditingkatkan oleh penyusunan RAW pelbagai bingkai. Siri HUAWEI nova 7 hanya memerlukan 2 saat untuk kameranya merakan potret swafoto yang terbaik.

4. Rakam detik indah dengan fungsi Dual-View Mode Video

Susahnya kalau nak rakam dua momen serentak, nak rakam reaksi diri sendiri dan juga kawasan sekeliling. Lebih-lebih lagi kalau nak buat surprise untuk yang tersayang. Rasa penat pula nak pusing-pusing kamera nak rakam video dan suasana sekeliling.

Worry not guys Siri HUAWEI nova 7 Series menyokong Dual View Mode Video yang memanfaatkan kamera depan dan belakang untuk merakam momen di kedua-dua bahagian secara serentak. Ini pastinya satu pengalaman baru untuk korang merakam video menggunakan telefon pintar. Lepas ni lebih banyak detik indah dapat dikongsi bersama!

5. Takde power bank? Tak perlu risau dengan Super Charge 40W

Susahnya nak kena bawak power bank lebih bila nak keluar pergi bercuti, yelah masa ni la nak rakam video atau gambar banyak-banyak. Tapi telefon pula cepat habis bateri!

Haa.. Korang tau tak Siri HUAWEI nova 7 dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan HUAWEI SuperCharge 40W yang baru, membolehkan telefon korang dicas sehingga 70% dalam masa setengah jam je. Lepas ni lebih banyak momen yang boleh dirakam ketika bercuti tanpa perlu risau dengan bateri korang!

6. Telefon Pintar 5G Paling Mampu Milik di Malaysia

Dijangka bakal menjadi telefon mid-range paling berpatutan di Malaysia, ramai rasanya yang teruja nak tau harga Siri HUAWEI nova 7, mampu milik atau tidak?

Dengan ura-ura teknologi 5G bakal digunakan secara meluas menjelang suku ketika 2020 di Malaysia, Siri HUAWEI nova 7 merupakan salah satu peranti yang mampu menyokong teknologi baru ini. Dengan kemasan yang menarik, fotografi dan video berkualiti premium. Korang tak perlu risau sebab harga pasaran bagi telefon pintar Siri HUAWEI nova 7 bawah RM2000 tau!

7. Berkongsi fail kini lebih mudah dengan HUAWEI Share dan MEETime

Siri HUAWEI nova 7 mempunyai mempunyai pra muat turun MeeTime untuk menyokong panggilan video sehingga 1080p FHD antara peranti HUAWEI. Ia memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk mengoptimumkan kualiti apabila kurang pendedahan cahaya.

Dengan HUAWEI Share pula korang boleh berkongsi fail dengan seretan yang mudah pada peranti yang sedang digunakan.

Freebuds 3i

FreeBuds 3i turut akan menemui pengguna pada harga RM399 ia dilengkapi dengan badan utama ergonomik berbentuk kon yang dibuat untuk gaya dan kesesuaian korang.

Pengguna juga akan merasai pengalaman audio yang mengujakan apabila dipasangkan dengan Siri HUAWEI nova 7 korang.

HUAWEI AppGallery rakan kongsi terbaik untuk Siri HUAWEI nova 7

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/681346489089049

Dengan semua ciri hebat yang ditonjolkan, Siri HUAWEI nova 7 korang pasti menjadi lebih memuaskan apabila dipadankan dengan sistem operasi HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik di SINI.

Raikan HUAWEI AppGallery dan rebut peluang menang Proton X70

Salah satu karnival terbesar HUAWEI kini kembali, Karnival AppGallery HUAWEI akan berlangsung dari 19 sehingga 30 Jun 2020. Jom reward diri korang dengan barangan HUAWEI dan korang berpeluang menang cabutan bertuah sehingga RM 2 Juta. Kesemua hadiah ni tersedia di HUAWEI Experiece Store (HES) dan antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah Proton X70, dan 500 buah skuter elektrik.

Kalau korang tak sabar nak tunggu sehingga 19 Jun, apa kata korang ke HUAWEI Store berhampiran dan untuk mendapatkan baucer bernilai sehingga RM160!

Miliki Siri HUAWEI nova 7 & rebut ganjaran di HUAWEI Member Center

Berita menarik kepada ahli Member Center, dengan memiliki Siri HUAWEI nova 7 korang boleh rebut ganjaran baucer makanan bernilai sehingga RM 1,000 bersama rakan kongsi HUAWEI seperti Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, AirAsia BIG dan banyak lagi.

Untuk gamers pula korang boleh claim Voucher Diamond Royale tau!

Cara menebus:

  1. Buka HUAWEI AppGallery > Pilih tab ‘Hadiah’> Tuntut hadiah Free Fire  ‘Diamond Royale’ > Salin kod
  2. Pergi ke https://reward.ff.garena.com> Log masuk ke akaun Free Fire anda> Masukkan kod penebusan korang> Klik ‘Confirm’

Jom kunjungi HUAWEI Store berhampiran atau HUAWEI Experience Store terdekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Siri HUAWEI nova 7. Lagi best HUAWEI ada juga pelan ansuran serendah RM5.20 sehari untuk korang yang nak mencari pelan yang mejimatkan!

Jangan lupa mark kalendar korang dan rebut hadiah istimewa hanya dengan Siri HUAWEI nova 7.

SKIP THIS AD ×