berita

7 Sebab Melayu Islam Perlu Sokong Hudud

March 23rd, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-03-23 at 12.48.39 AM

Kecoh apabila sebuah video bertajuk ‘Hudud Isu Periuk Nasi’ yang dimuat naik stesyen radio BFM menjadi viral di laman sosial.

Malahan, Aisyah Tajudin telah menerima ugutan bunuh oleh orang ramai yang berang dengan video terbabit.

Apakata kita lupakan sebentar hal Aisyah tadi kerana kami bawakan kepada anda 10 sebab Melayu Islam perlu sokong hudud!

1. Hukum Hudud = Hukum Allah

Screen Shot 2015-03-23 at 12.48.05 AM

Hukum Hudud ialah hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud- Arkib Islam

Para ulama menerangkan hudud sebagai “Satu hukuman yang muqaddar (telah ditentukan seperti kaedah pelaksanaan, jumlah, dan lain-lain) di sisi syarak, ke atas sesuatu maksiat yang dilakukan, tertumpu kepada perkara yang membabitkan hak Allah.” – says.com

2. Hukum Hudud Meringankan Hukuman Di Akhirat

Screen Shot 2015-03-23 at 12.48.58 AM

 

Hudud mengikut Islam adalah hukuman yang menghukum pesalah di dunia bagi meringankan hukuman di akhirat. Bagi yang fikir bahawa hukuman hudud itu kejam perlu memahami bahawa dalam Al-Quran itu sendiri telah menerangkan yang hukuman menanti di akhirat itu lebih perit dari hukuman yang dilaksanakan di dunia. – says.com

3. Hukum Hudud Hanya Dikenakan Kepada Pesalah

Screen Shot 2015-03-23 at 12.46.07 AM

 Contoh-contoh hukum hudud ialah:

1. Hukum potong tangan kepada pencuri.
2. Hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati.
3. Hukuman sebat kepada pembuat fitnah.
4. Hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak.
5. Hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin. – 1001 Sirah Nabi Muhammad 

4. Hukum Hudud Adalah Adil

Screen Shot 2015-03-23 at 12.49.40 AM

Hudud adalah suatu hukum yang mengandungi 2 elemen utama iaitu balasan setimpal ke atas penjenayah dan sistem tegah kawal dari Allah swt.

Ertinya hukum hudud adalah hukum yang hanya dijatuhkan atau dikenakan ke atas penjenayah yang telah sabit kes agar segala perbuatannya dibalas setimpal dan menimbulkan kesedaran atau keinsafan pada dirinya agar tidak lagi mengulangi perbuatan jenayah tersebut dan ia juga menjadi sistem yang menegah pihak lain dari melakukan jenayah sepertinya. – Nota Mudah Memahami Hukum Hudud

5. Hukum Hudud Bukan Untuk Orang Bukan Islam

Screen Shot 2015-03-23 at 12.45.16 AM

Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. – Nota Mudah Memahami Hukum Hudud

 

6. Pelaksanaan Hudud Memerlukan Saksi & Penelitian

Screen Shot 2015-03-23 at 12.50.43 AM

Perlaksanaan hukuman hudud memerlukan penelitian dan saksi yang cukup dan ia dilaksanakan dengan berhati hati dengan berpaksi kepada prinsip keadilan dan ketelusan.

Enakmen Hudud membenarkan kemaafan dan menggalakkan reconciliation serta mencari sebab mengapa kesalahan dilakukan seperti dalam kes qisas umpamanya, saudara yang kena bunuh boleh memaafkan pembunuhnya.

Pencuri yang mencuri kerana sebab darurat seperti lapar yang amat, maka ia tidak akan dipotong tangan. Sebaliknya menurut ajaran Islam, kerajaan mesti menyalurkan wang zakat kepadanya atau menyediakan peluang pekerjaan kepadanya. –Nota Mudah Memahami Hukum Hudud

7. Hudud Untuk Menjaga Kesejahteraan Masyarakat

Screen Shot 2015-03-23 at 12.50.18 AM

Kesimpulannya, hukum hudud adalah untuk menjaga kesejahteraan masyarakat dan pengendaliannya adalah teratur.

Oleh itu, Islam bukanlah untuk menghukum manusia. Menghukum adalah jika berlakunya kekejaman, atau rasuah iaitu hanya berlaku sebahagian daripada masyarakat.- says.com

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×