berita

7 Situasi Annoying Ni Hanya Korang Yang Duduk Apartment Je Faham

October 10th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Korang yang tengah baca artikel ni, kebanyakannya menyewa ke dah ada rumah sendiri? Korang tau tak rumah yang korang duduk sekarang ni jenis apa? Ada flat, kondominium, apartment, rumah teres dan banyak lagi jenis rumah yang ada kat Malaysia…

Buat korang yang baru mula kerja atau berkeluarga, mesti memilih untuk menyewa apartment sebab faktor kos. Sewanya lebih murah berbanding kondominium dan rumah teres, kemudahan pun so far banyak disediakan seperti surau, taman permainan, kolam renang dan pelbagai lagi…

Cakap pasal siapa yang duduk apartment tu, mesti korang pernah lalui 7 situasi yang min listkan kat bawah ni kan? Mana satu agaknya yang korang paling annoying?

1. Tak boleh nak bela haiwan peliharaan

via GIPHY

Min faham semua pembaca OHBULAN sayangkan haiwan kan? Kat rumah mesti ada seekor haiwan peliharaan yang korang belai, bagi makan, tempat tinggal semua… Tapi, kalau korang duduk apartment, tak boleh bela haiwan peliharaan suka-suka tau…

Takut nanti ganggu jiran, kotorkan koridor, rosakkan hak jiran dan macam-macam lagilah… Kalau nak bela sangat pun, kena simpan dalam rumah. Bayangkan rumah kecik tu nak sumbat haiwan lagi? Mana muat oi… Berbau rumah korang nanti…

2. Parking terhad

via GIPHY

Kebiasaannya bila duduk apartment ni, satu rumah akan dapat satu je parking. Kalau menyewa, biasanya bilik master akan dapat parking tu.

Kalau yang berkeluarga, tambah pulak suami isteri atau anak-anak masing-masing bawak satu kereta, terpaksa sewa parking dari pihak pengurusan, double parking atau parking secara haram kat jalan luar…

Yang parking secara haram tu pulak, asyik risau dapat saman ke tak. Ada pula kena parking sebatu jauh dari apartment semata-mata tak nak disaman. Jenuh berjalan!

3. Bulan-bulan kena bayar yuran penyelenggaraan

Nak dibandingkan dengan rumah teres, duduk apartment sebenarnya kena bayar yuran penyelenggaraan setiap bulan. Yelah, semua kemudahan seperti kolam renang, gim tu semuanya kena bayar. Tiada benda percuma dalam dunia. Kemudahan tu kenalah bayar, baru boleh pakai! Malah, kalau korang sewa parking lebih pun kena caj!

Jangan tak tau, ada jugak jenis manusia berkepala batu yang taknak bayar yuran penyelenggaraan ni. Tapi, korang tau tak sekarang ni, kalau tak bayar yuran penyelenggaraan, apartment tu boleh disita tau!

4. Beratur nak tunggu lif

via GIPHY

Selalunya apartment ni ada 2 atau 3 lif sahaja. Bergantung kepada projek tersebut. Kalau apartment yang betul-betul mewah tu, siap ada lif peribadi lagi! Bagi apartment yang sederhana tu, kenalah tunggu lif. Kalau lif tu laju, best la jugak.

Tapi, kalau masa nak pergi dan balik kerja tu, lagilah lama kena tunggu lif sebab lif tu berhenti setiap tingkat. Jenuh menunggu. Kalau lif rosak, lagilah teruk. Turunlah korang dari tangga 19 tingkat!

5. Tak boleh ubah suai rumah sesuka hati

Setiap sorang daripada pembaca OHBULAN ni mesti ada bayangan macam mana nak ubah suai dan hias rumah idaman korang suatu hari nanti kan? Berbeza dengan duduk rumah teres, duduk apartment tak boleh ubah suai rumah sesuka hati tau!

Paling tidak kena minta izin pihak pengurusan, itu pun kalau dapat! Sebab apa, rumah apartment ni dah dibina mengikut ukuran tertentu, salah ketuk salah ubah suai boleh bagi kesan buruk kat satu bangunan. Bahaya!

6. Tiada padang untuk bermain

Situasi ni sangat memberi kesan buat ibu bapa yang mempunyai anak. Yelah, nak bermain dengan anak tapi tiada padang untuk bermain bersama. Kadang-kadang, balik kerja nak juga habiskan masa sekejap dengan anak-anak bagi hilangkan tekanan kerja…

Kalau korang tak tau, bawa anak jalan-jalan kat taman atau padang permainan mengeratkan hubungan antara keluarga dan boleh kembangkan minda anak. Diorang pun tak bosan terperap dalam rumah sepanjang hari!

7. Beli barang kat IKEA, lepas tu nak masuk lif tak lepas

Bila korang berimaginasi banyak sangat, tengok rekaan dalaman rumah yang orang share kat media sosial menarik perhatian, semangat nak deko dan hias rumah tu lain macam kan? Bergegaslah korang ke IKEA borong barang dapur, almari, rak, meja, katil dan macam-macam lagi…

Sampai lif kat bawah rumah, tak muat nak bawak naik atas… Ah sudah macam mana ni? Kalau boleh ceraikan komponen satu persatu tak apa, kalau memang dah terpasang elok dan susah nak pisahkan? Sayang kan…

Tak perlu hadap lagi situasi merimaskan duduk apartment, kami ada jalan penyelesaian untuk korang

Min akui ramai pilih untuk dapatkan rumah apartment sebab harganya lebih murah. Tapi, tau tak korang boleh dapatkan rumah landed pada harga sama macam apartment dari Sime Darby Property di Anggerik Nilai Impian!

Dengan harga bermula RM488,888 dan berstatus freehold, korang boleh dapatkan rumah yang dilengkapi 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi berukuran 1,834 hingga 1,935 kaki persegi. Agak-agak ada bilik tak guna, boleh dijadikan bilik untuk menyimpan pakaian, membaca buku, solat, tempat bermain kanak-kanak dan sebagainya!

Malah, dengan bilik yang banyak dan ruang yang luas, langsung tak menjadi masalah kalau ahli keluarga atau mak ayah korang nak datang tumpang tidur kat rumah!

Dijangka siap pada tahun 2020, Anggerik Nilai Impian terletak di lokasi paling strategik, boleh diakses melalui 3 lebuhraya utama iaitu Lebuhraya ELITE, NKVE dan Utara-Selatan. Malah, ia terletak hanya 40km dari Kuala Lumpur!

Apa antara kemudahan yang ada?

Anggerik Nilai Impian dikelilingi kemudahan seperti Tasik Ujana sebagai lokasi riadah keluarga, sekolah, pusat beli-belah AEON untuk kemudahan membeli-belah, stadium bagi aktiviti sukan, kawasan lapang yang menghijau untuk kemudahan kanak-kanak bermain bola di padang dan banyak lagi!

Buat korang yang gemarkan bercucuk tanam, ia juga dilengkapi sedikit tanah lapang untuk korang bercucuk tanam sayur atau pokok kegemaran di belakang rumah. Kalau nak bercucuk tanam di apartment, memang mustahil sebab orang ramai duduk dalam satu tingkat tu. Ruang pun takde, semua dikelilingi batu!

Bukan itu saja, Anggerik Nilai Impian dilengkapi pagar dan pondok keselamatan. Apartment paling banyak pun ada 3 bilik je. Kalau kat Anggerik Nilai Impian, diorang ada rumah yang dilengkapi 4 bilik tau! Malah, nak ubah suai ikut cita rasa sendiri pun boleh! Rumah apartment boleh ubah suai suka-suka? Tak boleh kan…

Nak dengar sendiri apa yang penduduk di sana sukakan tentang kawasan perumahan di Sime Darby Property? Tengok video ni…

Jom layari laman web Sime Darby Property untuk maklumat lanjut tentang Anggerik Nilai Impian. Jangan lepaskan peluang ni!